20.10.26

'Let Go and Let God?'

Lama rasanya tak menulis dekat blog ni. Mungkin ada saja tulis tapi dibiarkan tak dipublish. Entahlah tulisan kali ini akan publish atau tak. Tapi rasanya perlu untuk properly jot down dekat sini dari hanya menulis pendek-pendek dekat caption ig stories atau ig post. Looking back dekat post-post lama di blog ni, I guess I have grown bit here & there. mentally, physically sikit dan spiritually juga. 

Tadi lepas maghrib berjemaah dengan anak-anak sedagha, nampak pulak quran atas meja terus lah baca. Sambung tilawah daily lepas lemau menses hampir 14 hari tak tilawah. dan kali ni baca 2 page dari juz 4 surah ali imran. Berkat pernah belajar bahasa arab, few words yang tahu maksud buatkan hati bergetar sikit. (well saya hati tisu senanya hahaha) Ternampak word busyra dan thatma'inna qulub. terus immediately melirik mata ke translation. Lepas tu mencebik dah mulut dan menangis gue, kena berhenti sekejap membaca. Konteksnya tentang pertolongan Allah time perang badar. Tafsirnya mungkin lebih mendalam tapi, sedikit yang macam tetiba ter-relate hanya based on maksud tu 

"(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): 'Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?'

Terus teringat fasa aku yang tengah mencuba untuk improve dan perbaiki tentang 'Let go and Let God' ni. Meratiblah, postlah benda ni di mana-mana once dapat exposure pasal ayat ni. Tapi dia punya nak betul-betul yakin, Only God knows dia punya struggle tu. nak Let God tu macam jauh sangat. Macam lawak, kita boleh lah cakap kita husnudzhon dengan Allah. because thats the only thing I can do. yadayada tapi, seberapa yakin yang kita tu husnudzhon dengan hati tu bukan hanya ditulis dan diucap dibibir? Rasa macam kalau selak posting lama akan banyaklah tulis pasal ni, tapi in the end the growth of betul-betul yakin tu macam sebenarnya dulu tu tak yakin betul pun sekarang mungkin dah naik 1 percent. Funny right? Ingat dulu dah cukup yakin, tapi sebenarnya tidakkkkk. Hati tidakkk pun. Itu yang it potrays through how I live my life daily, how my mind works daily, dan sebagainya. Itu yang banyak sangat persolkan kenapa aku ni macam ni, kenapa tak rasa tenang, kenapa rasa tak mau hidup dan sebagainya. Sebab itu banyak sebenarnya questioning why me why me why. 

growing up dengan privilege dengan constant reminder tentang agama, tentang tuhan, buat kita take things macam ni for granted, tapi boleh jadi Allah nak kita tahu dulu dan faham kemudian which is now. In the end perlu juga percaya qada' dan qadar mungkin inilah masanya Allah nak bagi kita slowly sedar. Setiap kali macam baru nampak dan rasa dengan hati apa yang suatu masa dahulu hanya perkataan dan  reminder biasa, rasa anxious juga takut kita tak sempat betul-betul capai ke tahap hamba yang Allah redha dnegan kehidupan kita, dengan amal kita. Rasanya adakah aku akan terlambat, adakah amal-amal yang aku buat Allah terima, adakah aku akan dapat kematian yang baik. Takutnya tu sampai kadang boleh sedar ya jantung berdegup kencang, nampak sangatlah tengah anxious. Semoga Anxious ni, Ya Allah anxious yang baik yang sentiasa ingatkan kita tentang Kamu.

Di fasa-fasa macam jiwa tengah melawan lah juga in between craving dengan validation manusia, mimpi-mimpi duniawi yang melalaikan yang aku nak, dan jiwa yang nak sangat merasai sepenuh hati term 'Let go and Let God' dan "Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'iin" (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ) "Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan" (You alone we worship, and You alone we ask for help)" Memanglah sangat roller coaster. Tetiba rasa macam ada bipolar pula sebab mood tu kejap gembira sebab ternampak video-video george russell dan gang-gang F1 lepastu lalu timeline pasal tuhan, rasa sebak. Haih, syaitan kerja keras sangat eh bila kita dalam fasa-fasa makin sedar ni. Sebelum ni mungkin tahu tapi belum sedar so dia macam tak berusaha sangat sebab tau dah memang lalai kan. 

itulah. semoga semoga semoga Allah terus rezekikan bila lalai, sentiasa dirahmati dengan peringatan secepat itu. Mungkin tiba masanya untuk berdamai dengan hati manusia memang mudah berbolak balik. Dan terus berusaha untuk sentiasa ingat Dia bila setiap kali kita terlalai. 

teringat member cakap aku ni lawak seimbang dunia akhirat, 1 minit fangirl, 1 minit tetiba terdengar mulut kumat-kamit baca maathurat. 

Haih. semoga usaha-usaha kecil nak menjadi practicing muslim yang Allah redha ni diredhai dan dirahmati Allah. Ameen Ameen.


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
O Turner of the hearts keep my heart firm upon Your religion

10.4.24

Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan. Jadi usai iftar tadi, tak adalah menunggu pengumuman raya seperti sebelum² ini. Hanya tunggu ahli keluarga solat berjemaah sambil aku dah ready nak ambil buku In your hidden tears untuk mengisi waktu sementara mereka solat maghrib, menunggu isya' dan tarawikh. Tiba² adik kembar datang, dan melepaskan ayat yang entah, terasa macam tak mau percaya.

'Esok raya!'

Beberapa kali tanya semula, jawapan masih sama. Dan aku jadinya hanya termenung melihat pintu ruang solat wanita. Menunggu ummi dan kakak keluar. Sebak dah suara bersalaman dgn ummi. 

"Habis dah mi ramadan tahun ni." Jeda. "Selamat hari raya ummi"

Hampir² menangis dekat situ.

Haha. Kadang rasa macam over pulak dah emosi sangat kenapa entah ramadan kali ini. Kadang rasa macam apa reason yang aku macam sangat luluh ramadan dah nak habis(sudah habis pun this year). 

The amount of sadness, guilt, anxiousness, doubts semua berkumpul. Mcm takutnya Allah tak terima amal kita. Tapi kota kena yakin. Lepas tu what if sebab Allah tak terima amal kita, kita jadi lost dan tinggalkan semua yang kita buat time ramadan. What if, aku masuk balik dalam the spiral of depression?!

Begitulah. Bila kita dah bersungguh membina hubungan dengan tuhan, dengan alquran, banyaklah was ² yang shaitan bisikkan. I think the real demon adalah syaitan² yang menjentik doubts² ni. Buat rasa yang kita menangis everytime solat qiam dan doa tu hanyalah lakonan lah apalah sedangkan nak berlakon apa kalau dah qiam biasanya sorang². Nak tunjuk siapa? Haa. Nampak tak permainan dia tu. Tak perlu doubts pun sebenarnya. Allah memang maha mendengar! Haih. 

Semoga itulah. Menjadi golongan yang Allah cintai dan Allah tetapkan hati dalam ketaatan kepadanya.


Eid mubarak, semoga Allah terima amal ibadah kita ❤️

'Let Go and Let God?'

Lama rasanya tak menulis dekat blog ni. Mungkin ada saja tulis tapi dibiarkan tak dipublish. Entahlah tulisan kali ini akan publish atau tak...