7.4.24

kilat sepertinya.

 today marks 28th night of ramadan. Betapa sebaknya dari beberapa hari sebelum ramadan datang dah terasa rindu akan ramadan. Dan sekarang, hampir habis ramadan kali ini, lagi bertambah pilu. Kerisauan² yang menghadirkan diri, menambah sebak yang tak tergambar rasanya. Risau apa jadi kalau ini ramadan terakhir atau akan tetap kah istiqamah selepas ini? Atau adakah rasa dekat dengan tuhan sunguh² ini akan sentiasa ada? 

dalam hal² sebak yang membuatkan aku sesekali teringat yang ramadan sudah hampir ke hujungnya, ada juga hal² yang aku benar² bersyukur ia menemani waktu² aku ketika ramadan kali ini. Manusia² yang beberapa bulan sebelum ramadan, Allah jentik hati untuk baca buku² mereka dan akhirnya slowly join kelas² refleksi mereka. Manusia² yang indirectly menarik aku merasa 'ada jalan. Cuba tengok quran tu'. Juga ruang² bersama manusia yang mengajar banyak hal dan menhenyak aku untuk merasakan betapa hambanya aku.

Macam ramai yang kata ramadan kali ni dia rasa lain. Samalah aku juga. Selalu momentum akan start lambat dari biasa. Tapi kali ni, seawal sebelum ramadan sebaknya dan excitednya dah terasa hangat menggoncang. Dan semangatnya tak lari banyak, memuncak-muncak sepanjang ramadan. Sampailah ke hari² terakhir ramadan ini. Tak ada pujian dan syukur yang aku mampu ungkapkan melainkan kepada tuhan. Terima kasih, tuhan. Memberi aku ruang kembali, melepas lelah dan esak. Semoga baki² ramadan yang tinggal, membawa aku terus menunduk dan menadah.

 



No comments:

Post a Comment

Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....