Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

7.4.16

| Johor. 070416. 0427 |

Macam biasa, malam bagaikan syurga bagi dia. Lampu kalimantang ditutup. Dalam gelap dia meraba, lampu meja dibuka. Ruang bilik bertukar oren. Ukulele bersaiz concert dari begnya. Dengan jari-jemari kaku dia memetik rentak berterabur. Perlahan air jernih gugur dari tubir mata. Dia sengih. Teringat akan kata-kata seseorang pada dia beberapa lama dulu.

"Engkau aku tak kisah sangat. Kau kan kuat. Tapi ked tu aku kesian."
"Aku kuat?" Dia tergelak. Setiap malam nangis tak berhenti tu kuat? You just don't see it. No one ever sees me when I am at my worst isn't it. Dia senyum saja. 

Bila malam, lagi bila paginya tiada urusan apa, dia akan berkurung dalam bilik. Seorang. Bertemankan earphone, internet, laptop, ukulele, dan apa sahaja yang dia rasa perlu untuk dia nak bersendiri. Bila malam, dia bagai di dunia dia sendiri. Cuma tinggal dia dan Tuhan. satu-satunya tempat dia berbicara. Semua isi hatinya, yang tak mampu diucap butir kata, lidah tak bergerak. 
Dan malam itu, seperti malam-malamnya yang lain, dia duduk bersila dalam biliknya, seorang diri. Telinga dah bersumbat earphone, berlagu playlist random dengan lagu random juga, Ukulele diletak tepi. Kepalanya serabut, sama juga seperti hari-hari yang lainnya. Dia sedar, dia tahu. Dia selalu overthinking. Tapi entah celah mana dia tak tahu mahu berhenti. Cuba dicari baiknya overthinking-nya itu. Jumpa jugalah satu dua baiknya. Banyak benda yang dia nak meluah. Tapi dia tak tahu pada siapa, tak tahu bagaiman. Setiap kali nak bercerita pada manusia, lidah kelu, hilang kata, dengan kepala berfikir laju kemungkinan itu dan ini. Dan akhirnya lidah tak bergerak, liur kering, kata terluah. Cuma hati berbicara. Jadi dia lebih memilih menangis pada Tuhan setiap malam. Rutin dari umur 6 tahun. Bila abah ambil keputusan hantar dia ke asrama seawal umur itu, jenuh juga dia. Setiap kali naik cuti, dia meraung mahu pulang. Setiap kali kembali ke asrama, dia akan mengamuk, dan setiap kali itu otaknya ligat berfikir berbagai cara supaya dia tak perlu ke asrama. Dari gigit baju ummi supaya tak pergi sampai lah terseret di jalan mahu pulang. Sampaikan mudir datang dengan rotan baru lah dia diam dengan kesan air mata kering dipipi. Bila lama, dia penat. Bila adu dan raung kuat tak didengar. Dia ambil keputusan tangis pada tuhan. Seawal enam tahun dia meraung dalam diam pada tuhan. Setiap malam. Sampai dicubit budak perempuan katil sebelah kerana esaknya kadang terdengar mengganggu tidurnya. Semakin lama semakin dia mampu. Tiada esak kedengaran lagi. 

Sampai sekarang. Masih. Dia mengadu pada tuhan, cerita semua. Kerana dia dah lama sorok dari manusia, air jernih senang disimpan walau sakitnya diwaktu pagi. Malam juga air matanya akan gugur. Sekarang umurnya dah 20. Masih sama. Malam jadi waktu dia meluah rasa. Hasil enam tahun dulu, dia jadi tak pandai beritahu pada manusia apa yang dia rasa. Ada sekali dua dia cuba, tak mahu mulut bicara, dia ambil keputusan untuk diam, senyum dan teruskan hidup. Sedang setiap malam, air jernih yang jatuh jadi saksi betapa dia mahu berhenti hidup, dan bertemu tuhan. Tapi bila pagi, dia lebih banyak tawa tanpa cerita apa yang dia rasa. Malam jadi waktu paling otaknya ligat berfikir mahu cuba bantu drinya, tapi bila pagi datang, dia sendiri jadi lupa pada dirinya di malam tadi. Tak tahu nak salahkan siapa. Memang bukan salah siapa-siapa. Dan dia buat konklusi itu salah dia sebab tak berusaha bantu dan sayang diri. Malam ini sama. Dia menangis lagi. Sampai bila nak salahkan diri, dia tak tahu. Yang dia tahu bila esok pagi datang lagi, dia akan terus tertawa dan tersenyum, dan bila malam datang lagi dia ada Tuhan untuk meluah lagi. Berulanglah sampai dia mati. Mungkin ini memang jalan hidup dia. Penatlah dengan manusia dipagi, bila malam Tuhan juga yang tak mengecewakan. Dia sentiasa ada. Biarlah orang fikir dia kuat. Dia cukup kuat. Cukup kuat kerana masih hidup. Hatinya berkata. 



5.4.16

| Johor. 050416. 0409 |

there are days that I hope I can read people mind. I want to have that ability to try to fix things up. There are days when I hope I can help them seeing good out of all bad things that happen in their life. There are days that I hope I can understand how they truly feel and comfort them how much as they want it. 

"Hey, you're actually having two mother is it?" I randomly start a conversation.
"Yeah." and she just keep on looking at the Greentea that she just bought.
"and father?" 
"I have like ..." and she starts  to tell everything, while we walk through the college gate and went to cafeteria. I keep on nodded and asking her things that have been in my mind long time ago. and She keeps on answering to me.
"I don't know if I am actually redha already or not. But, sometimes I do feel sad over all of this thing." She continued as we walk together passing the gate.
"It was like when I was taking UPSR. and its not easy tho."
"But Thanks god, I have lots of people around me to support me." I can hear changes in her tone of her voice. I don't know how to comfort her.
"You're obviously a very strong girl. Very strong, If its me, I would totally kill myself because I am not strong enough." I smile. At that very moment I hope I have the ability. I hope.

Gettng into college life is far way more different from my school life. I have met a lot of people here and there. With a lot of different stories, different pain, different strength. Some of them are too fragile, some are mild, some are too strong. Above all that, I still hope that I can be the friend that they can rely on and ask for me when they needed someone to talk to. I hope to be their best listener although I am not one. Things are hard for me sometimes, and how sometimes, I can't face my hard times, I hope they will not having that very hard times, because I know it hurts. But somehow, It's just my little dreamy hope that I can't even take the courage to fulfill it, busy mending myself, busy trying to help myself to cure my own pain. and all I can do is hoping and praying for them. Sometimes I do feel like I am such a bother to people, and I don't have the courage to even go to them and ask how they're doing, so I ended up hoping everything're going to be alright for them. That's all. I do try my best to help, here and there, but I can't be the best, yet to come--



7.4.15

Dprs

Tangan kiri menggosok hidung. Tangan kanan menyusun kasut dan slipar yang bersepah. Pintu rumah anak dara sepuluh itu dibuka.
Dia senyum. Lebar.
Ramai orang hari ni. Bukan budak rumah pun. Kawan budak rumah.
"Weyh! Cepatlah siap nak terjun ni!!"
"Ismaaaaa!!! Pinjam jersey!!!"
"Hang pakai hat ni. Kami nak pakai hat tu" loghat penang masih pekat tak hilang, budak rumah sorang ni.
Rumah riuh, suara anak dara get ready nak pergi terjun swimming pool.
"Siapa lambat...... TINGGAAAALLLL!" Kuasa veto kakak paling besar bersuara. Semua berlari tak cukup tanah, sarung jersey itu dan ini.
"Aku tak join. Ada hal jap." Kaed senyum, tak berapa manis. Tau salah dia tak bagitau awal-awal.
"Alaaaaa kenapa????" Semua pun buat muka masam, bercuka, berlimau.
"Nak jumpa cousin. Sorry"
"Enaaa! Sibuklah cousin kau tuuu"
"Aahahah. Takpe kejap je. Kalau sempat aku turun terus terjun."

"DEALLLL!!!" Semua yang lain menjerit.
"Camtu, aku gerak dulu ek. Dia dah tunggu dekat bawah."
"Ok. Hati-hati."

. . . . . . . . . . . . . . . . . .

"So, nak pergi mana?" Tangan cekap mengawal stereng. Area batu caves ni malam memang sesak jugak. Ni bukan bandar utama macam KL pun dah sesak. KL? Tak payah cerita. Mereput kau.
Senyap. Tak ada balasan dari orang disebelah.
"Wey, nak gi dubu-dubu?"
Deruan penghawa dingin saja mengisi segenap ruang kereta.
Tangan masih mengawal stereng. Haih budak ni. Ada lah tu halnya tu.
"Nanti dah sampai tempat kau cerita." Bukan ayat penyata. Tapi lebih pada arahan.

Dekat setengah jam gadis disebelahnya menangis tak henti. Jarak antara dia dengan gadis itu masih dikekalkan jauh.
"Is it about him?" Perlahan suara disebelah bertanya. Risau. Pertama kali dia tengok kaed macam ni. Ni lah kot bila depression punya tahap dah datang.
Tiada balasan.
"At least, is it about him? nod if yes, please."
Dan yang disebelah dah mula memberi reaksi. Kepala diangguk perlahan. Sedunya dah semakin perlahan, tapi bahunya masih terhenjut-henjut.
"move on? Susah?" dua kepala lututnya dipeluk. Dan orang disebelah dipandang, menunggu balas.
Angguk.
Sigh. "I know its hard. Saya tau susah. Tapi overthinking, sampai ganggu tidur malam bukan satu petanda baik. You've to face it. Yoi have to try to overcome it."

"How? Why everyone keep on asking me to face this and that? Do they know how hard it is? Kenapa? Penatlah. Mep aku penat. Aku penat. Penat. Aku penat dah mep. Penat nak menghadap manusia. Penat mep. Aku dah tak larat dah cuba percaya orang, dan semua hancur macam tu je. Diorang kata aku tak cuba. diorang tak nampak effort aku pun. benda yang aku cuba lawan, bukan sengaja aku buat degil. Bukan sengaja aku buat takut. Kalau memang semua tu boleh buang aku dah tak macam ni. Mep, sumpahlah, aku nak give up mep. Penat ah. Aku tak larat dah. aku tak tau kenapa sampai aku setiap malam tak boleh tidur. Dah lama mep. mula tahun 2015 ni mep, aku dah lama tak tidur awal, mesti over 1 pagi. Aku penatlah overthink. Aku penat hidup.penat. sangat. Mep." Air matanya laju turun. Sakit kedua rahang kepalanya. tanda dia dah mula Depressed.
"Ei, tarik nafas kaed. Relaxkan pernafasan." Dia cuba sedaya upaya menenangkan kaed.
"Still ada, nasihat Sep tu? Simpan lagi?"
Angguk.

"Baca balik. Tengok apa yang kau terlepas pandang. Mungkin dari segi tahajjud kau tak mantap. kan dia kata jangan jadikan nilai air mata tu murah. Jangan bazir air mata utk orang-orang yg tak worth it langsung."
"i dont know how."
"you have to try. You have to try."

"Promise me you'll not be too depressed.?"

"Mep, dah byk dah benda yang aku langgar, and do you expect me to not break the rules? orang suruh aku jaga diri, aku tak buat, yadayada"

"No. Itu orang lain. Dengan aku please, at least try ok?"

Angguk. Cuba.cuba.

23.2.15

Terfaktab--



Kaed sengih pada telefon bimbit di tangan. Kawannya di sebelah menjeling dia pelik. Perlahan wajah diangkat. Butang mati di sebelah kanan telefon ditekan, terus di baling telefon bimbit ke dinding dengan kelajuan sederhana. Tawa meletus tiba-tiba. Adin sengih. Faham sangat.

"Marah orang dalam phone tu, pergi lah belasah orangnya bukan phone tu yang kau hancurkan."
"Tak apa, phone aku sado. Bukan macam asus zenfon 5 kau tu, jatuh sekali dah bengong. hahaha"
"Eleh. At least snap gambar lawa, dari phone kau? hahaa"
"Apa guna gambar lawa tapi tak tutup aurat doh, Hot dekat dunia, dekat akhirat pun hot dohhh, Auchh."

"Sakitnya tuh di sini." Adin sengih. "Main kasar sekarang sistuhhh"
"Aku kan solehah ahahaha. Aku nak keluar. dengan cousin aku kejap lagi. Eheee"
"Mep?"
"Ha'ah. Dengan mak usu aku sekali."
"Oh. Okay, balik tak?"
"Balik. malam sikit kot. Sedara dari johor nak berjalan area KL."
"Oh k."

. . . . .  . . . .

"Kalau mak long pak long tau macam mana Kaed?" Tenang dia bertanya. Tangan tenang masih mengawal stereng setelah dia dengar cerita sepupunya yang seorang ni. 
"Pandai-pandai aku lah pakai long sleeve dekat rumah. Alah bila aku balik sana cuti sem, insyaAllah dah elok. Parut dia pun nanti dah tak nampak sangat lah kot."
"Kau kot, kot. Diorang suruh aku jaga kau. Naya aku kena balun kang diorang bising. Tak pun sedih diorang tau nanti Kaed."
"Bukannya aku perasan pun alih-alih dah rasa pedih. Bukan salah aku."
"Kau nak kata si hantu 'Jannah' tu kawal kau ah." Dia jeling Kaed di sebelah. 
"Maybe lah. Waktu aku dekat rumah sewa tu kan, ada orang main guli tengah malam. Boleh jadi. Alamaakkk, takutnyaaaaa" Dia sengh sumbing.
"Aku luku kepala kau kang. Main-main. Kau tu yang tak jaga diri. Tak refrain. Duduk lagi sorang-soranglah. Tidur lambatlah, mana tak overthink."
"Kau ah taknak carikan aku suami, kalau ada suami, aku tak overthink doh, setiap malam aku tidur awal, dia bacakan bedtime story senang sikit aku tidur."
"Cerita pasal kahwin lebih, tak layak lagi, Nak kahwin apa, tangan buruk calar balar macam tu,"
"Kuahajakkk babun kau ni." Buku di atas dashboard diambil dan dibuat pemukul Mep disebelah.
"Memang aku taknak kahwin pun. Lelaki ni hampeh. Poyo je lebih. Bajet kuat lah apalah. Eiii, babun babeng aku benci gila lelaki."
"Tak, masalahnya, kau tengah kutuk lelaki ni memang kau tengah kutuk depan seorang wanita kan, memang Kaed." 
Dia ketawa. "Kau pun sama. Tau tangan aku dah buruk mengutuk camtu. Dasar melihat pada rupa, tak melihat pada hati."
"Buat apa nak tengok. Hati kau dah berkecai, patah hati tak habis"
"Mana ada. hahaha aku sado. At least aku boleh angkat portable speaker sorang, kau tu nak angkat sampai panggil satu geng. Cheh"
"Malas nak tunjuk sado je. Mana elok riak" Dia kembangkan hidung.
"Pffft. Puih, poyo nak mampu. Pergi mereput sana."
"Aku kang mereput sekarang ni kau ikut sekali, eksiden kang kalau aku mereput kang."
Kaed ikut kembangkan hidung jeling.
"Jangan ah buat dah benda macam tu . Tak lawak lah."
"Kau ingat aku buat benda tu sebab lawak bhai"
"Jangan menjawab boleh tak. dengar."
Kaed senyap. Tau salah dia jugak. Tak pandai nak jaga diri.
"Jaga diri. Make sure jangan berkurung dalam bilik sorang-sorang. Sentiasa stay dalam ramai orang."
"Aku, tak suka crowd lah."
"Dari sorang buat kerja gila? At least berdua pun ok."
"Cuba. Cuba."
"Cuba buat terus."
"Yelah."
"Nanti tangan tu sapu krim parut. Beli dekat watson ke apa."
"Malas, Bukannya aku nak kahwin pun."
"Cheh. Poyo."
"Me poyo, is Me hella cute." Dia senyum angkat jari telunjuk dan jari tengah.
"Haha, peghasan ya rabbee."
"But nak tengok the bright side of what you' was doing, Maybe tak valid sangat tapi could be on of the pros adalah ..."
"What is that? Dunno that the slef-harm ada pros lol."
"No mater how fucked-up your life are, everyone have scars. Some of them tend to let people know, some of them not, but the fact is everybody have scars, whether it's here." Mep tunjuk pada dada.
"..or it's somewhere that can be seen, as in visible. We can never end it when we want it to. Just overcome it with a smile. Not with a cuts or self-harm. As we, muslim. The ujian was not send to us without a valid reasons. There's a big message He wants us to ponder on and change ourself. Believe me,what you're doing is totally wrong. Allah stated in the holy quran itself, some thing like 'Janganlah kamu mencederakan diri kamu' But melihat pada sudut cerahnya, for at least I hope you'll learn something. Regret maybe?"
Kaed angguk. Sangat. Sangat menyesal. Nak nangis bila bangun tidur first benda yang nampak adalah parut ditangan. Tak lawak langsung kan pagi-pagi jiwa tak bersemangat sebab ternampak benda tu semua.
"Itu dia. The things that happened in our life, percayalah. Penyesalan dan berubah tu perlu, But dalam masa yang sama, cuba discover lagi the good reasons why things're happened, Memang betul, We're the one yang kena usaha untuk benda tu jadi, tapi, yang mengizinkan itu tetap Dia. He wants us to learn something, and it's not going to be like masa tu jugak kau nampak hikmahnya. It can be after a month, or after a year or even when you're already at your 40's , boleh jadi. Just keep on muhasabah dri dan perbaiki.  Mistake is not for the loosers, but It's worth it for the one who wants to learn and change. Thats it."
"Falsafah nya cousin aku ni. hahaha"
"Seorang lelaki yang cerdik itu setiap yang keluar adalah mutiara. Tinggal tak ada orang kutip buat jual ja."
"Peghasan."
"Make sure to remember and keep those in ur brilliant mind, Miss Kaed."
"Thanks btw dude."
Haha, Dude eh."Sure no biggie."



Take care, self.
by, Yours truly.

8.3.14

Q//E : 2

Hood disarung kekepala. Telinga dicucuk-cucuk dengan jari . Sakit lahai. Macam ni rasa dia naik flight . Taubat aku tak nak naik dah . Bibir tak dibiar sepi dengan senyuman. Kaki mengikut beratur di barisan Imigresen dengan papan tanda 'Foreigner' . Dia pandang Ed di hadapan . Tengah giat menulis borang apa-erntah-nama-dia. Tak terlepas pandang dengan budak-budak baya adik dia, tengah beratur dekat depan Ed. dengan Line sebelah lagi satu. Budak-budak ni ada lawatan sambil belajar apa.

Ed yang merancang backpacking ni pun. Diajak dia sekali sebab katanya tak ada kawan teman. Dia pun dengan berat hati ikut sekali. "Kau tengah sedih macam ni. Jom lah, backpacking. Kau duduk rumah tu tak buat apa, nak nangis je kerja bila ingatkan arwah adik kau." 

Ed tau dia asyik-asyik nak menangis. Ed tau. Mata dah bengkak merah macam tu siapa yang tak perasan. Ed kata jugak, dia mencari sesuatu dekat Padang ni. Mencari apa yang seorang abang bagitau dia suruh cari dekat sini dan dia punya rasa nak mencari tu semakin menjadi-jadi bila arwah meninggal dunia. Tak tau kenapa.

"Next!" Pegawai Imigresen dengan baju coklat menjerit. Qee urut dada. Terkejut. Nasib baik aku tak ada lemah jantung. Kaki diatur melangkah ke kaunter. Passport diserahkan kepada pegawai tadi. "Maaf ya pak." Minta maaf. Manners kena jaga dekat negara orang. Dia senyum . Pegawai tadi balas senyum . 

"Pertama kali ke luar negara ? Matanya ke kamera." Qee ikut tengok bola bulat separas kepala dia. 
"Ya Pak. Pertama kali." Dia balas sopan. Senyum lagi . 
"Selamat datang. Terima kasih." Pegawai imigresen senyum , menyerahkan Passport kembali.

Qee balas senyum , dan mendekati Ed yang dah senyum dari jauh sana. Dia dah lepas dulu."Berangan macam tak cukup tanah." Ed sengih. Qee jelir lidah .


Kaki mengikut kemana arah kaki Ed melangkah. Anak-anak lelaki yang berlari-lari membuat dia tersenyum. "Malam ni kita duduk sini. Ada masjid dekat sekolah ni." Qee terbeliak. "Kau ni dah rancang betul-betul ke tak ni?"

Ek ena mamat ni. "Backpacking bro. Backpacking . We follow the flow. Relax ah. Aku taulah lepas ni nak pergi mana-pergi mana." Ed melangkah meninggalkan Qee, menuju ke Masjid. Masjid tak ramai orang, sebab budak-budak lelaki sekolah tu baru je lepas habis Sukan petang kot. Dia senyum pada budak-budak lelaki yang berada di situ. Senyum mereka dibalas. Bahagian belakang masjid di duduki.

"Assalamualaikum abang." Seorang budak lelaki datang menghampiri. Baju melayu Putih, Kopiah , dengan kain pelikat Hijau. Senyum nampak gigi . Cantik gigi dia. Qee senyum . Ed senyum .

"Wa'alaikumsalam." Balas serentak.Sengih. "Abang ini dari mana bang , nggak pernah kita lihat di sini."
Dah agak mesti budak ni tanya dari mana.

"Kami dari Malaysia." Ed salam tangan budak tu. Budak tu duduk depan dia dua orang. "Oh, setahun lalu, ada juga uda yang mampir ke sini. Namanya Uda Fandy. Udanya dari Malaysia juga."

Uda. Apakebenda tu. Abang ke maksud dia."Uda itu abang ya?" Qee pula bertanya.

"Ouh , Iya . Maaf ya, kalau nggak ngerti." Budak tu garu kepala. Dia sengih .

"Tak apa. Uda Fandy itu teman kami. Dia yang suruh kami ke sini." Ed senyum.

"Benaran? wah, nanti kirim salam kami pada beliau ya. Banyak hal kami belajar dari dia toh. Uda nginap di sini?"

"Ya, mungkin untuk malam ini saja. Kami mau ke seluruh padang kalau bisa. Mau tadabbur alam kata sipnya. Ha-ha." Ed ketawa.

"Wah Uda punya gitar, nanti malam bisa kita busking satu lagu ya. Haha." Budak lelaki tu dah gaya macam nak bangun. "Harus ke depan , ada ma'thurat petang. Istirehat dulu , pasti capek." Dia senyum dan bangun.

"Busking satu lagu boleh malam ni?" Ed sendeng bahu Qee.

"Bagi aku lelap mata kejap.Penat." Beg Nike jadi alas kepala gantikan bantal. Case Guitar jadi bantal peluk.

"Mana elok tidur lepas asar." Ed keluar ayat buat mata dia buka balik."Macam kau tak pernah buat." Mata perjam balik. Aku penat. Bagilah aku tidur kejap sebelum azan maghrib.



"Bang , lagu minang lah buskingnya." Lelaki muka gelap gigi putih gila jerit antara ramai-ramai budak lelaki yang ada dekat situ.

"Mana aku bisa lagu minang.Gini aja, Teman Sejati Brothers, bisa?" Qee dah siap dengan guitar dia dan plug dekat jari .

"Ohhh , sip tu.Ayo dimulai!" Semangat semua sambut. Qee sengih . Muka budak-budak macam budak sekolah pondok. Sekolah pun gaya sekolah islamik takkan kau nak keluar 'MCR' , Linkin Park.  kang ada jugak yang tak ada tempat tidur malam ni. Nasyid itu aja yang dia ingat. Hafal waktu darjah 1 waktu zaman-zaman suci lagi.

Petikan gitar buat semua budak lelaki dekat sekeliling dia tepuk tangan nyanyi sekali. "Wah , merdu suaranya!" Budak lelaki gelap tu jerit lagi sekali. Qee senyum . Kenyit mata buat gaya artis . Poyo.

Ed ketawa . Qee , Qee . 

5.3.14

Q//E




Alarm phone dimatikan. Mata digosok beberapa kali. Badan yang terasa sengal sebab tertidur dengan komputer riba atas dada menyiapkan kerja yang perlu disiapkan sebelum terbang hari ni digagahkan juga bangun. Komputer riba diletak di sebelah sebelum kaki mengambil tuala terus ke bilik mandi. 


Salam kedua diberi. Muka diusap dengan sebelah tangan.  Mata dipejam. Mencari tenang seketika. Sejadah disangkut pada penyidai, tangan mencapai sweater grey dan disarung ke badan tidak berzip. Komputer riba ditutup dan disimpan dalam beg galas Nike Hitam Grey. 

Kaki menuju ke wardrobe. Tiga helai t-shirt dicapai rawak dilipat cantik sebelum disumbat sekali dengan komputer riba dalam beg galas. Dua pasang seluar jeans diambil dan dilakukan perkara sama. Ini namanya backpacking. Dia sengih. Beg galas dizip. Ipod dengan Beats diambil dari meja dimasukkan dalam poket seluar jeans hitam yang dipakai , beats dibiar bergantung pada leher. 

Handphone diraih menghubungi seseorang. "Ready? Aku datang ambil kau sekarang." Qee tutur tanpa salam. Talian dimatikan bila dapat balasan dari orang disebelah talian sana.

Kunci kereta diambil, beg digalas sebelah bahu. Beg kecil berisi passport dan tiket flight diambil sekali dengan Guitar yang dah berada dalam case. Kaki melangkah keluar dari bilik . Dia sengih. Masa untuk 'Fly' .

Dah selesai check in . Dia padang Ed dekat sebelah, khusyu' baca John Grisham. Beats diubah letak ke telinga. 

The story of my life
I take her home
I drive all night to keep her warm
And time... is frozen (the story of, the story of)
The story of my life
I give her hope
I spend her love
Until she's broke
Inside
The story of my life (the story of, the story of)

Dia sengih. Helaian sketchbook diselak sampai halaman berlukis separuh siap dijumpai. Pensil Mekanikal pilot warna ungu berlari sederhana laju menyiapkan sketch yang tergendala. Tudung si perempuan di warnakan hitam. Mata tiba-tiba rasa hangat. Kepala didongak menahan air mata dari tumpah. Lama. 
"Kau kenapa tiba-tiba dongak macam tu." Ed siku pinggang Qee. Qee buat muka. "Sakit bangang." Mata dah tak berair lagi. 
"Artist memang macam ni. Cari idea bro, cari idea." Dia sengih. Pandai kau elak Qee. Hidung yang dah ikut berair dilap dengan tisu.
"Macam aku kenal kau lima minit lepas Qee, macam lah." Buku John Grisham ditutup, diletak pada bangku kat sebelah. Nak menipu dengan kawan kau dah kenal dari tadika. Heh.

Senyap tak bersuara. Sketchbook ditutup juga selepas dah siap. Suara manusia bising di sekeliling mengambil ruang sunyi antara mereka.

"Rindu." Qee ketawa hambar . Tekak rasa pahit setiap kali telan air liur. Mata ditahan supaya tak berair. Malu gila kalau orang nampak dia nangis dekat tengah LCCT ni. Lelaki pula tu. 

"Kalau dah namanya manusia tu, tak ada perasaan rindu tu pelik gaban. Normal lah tu." Ed tau rasa rindu tu macam mana. Sebab dia pun tengah sama rindu. Rindu orang yang sama. Rindu orang yang takkan mampu nak jumpa dah dekat dunia. 

Sunyi lagi. Dua-dua teringatkan orang yang sama. Dee. Adik Qee. Dah tak dapat dengar lagi suara budak tu ketawa bila Qee buat lawak bodoh. Dah tak dengar lagi budak tu bercerita galak pasal hari-hari dia. 

Entah tanpa sedar , Dee dah pergi terus dari hidup. Tak pernah nak agak dia akan pergi macam tu je, tiba-tiba.

Pengumuman pelepasan Flight Ke Padang, Indonesia membuatkan mereka berdua tersedar dari lamunan. Pandang belakang, beratur panjang orang-orang nak menuju tempat sama dengan dia orang. 
Dia terpandang sekumpulan budak perempuan pakai tudung labuh tengah beratur sekali. Entah kenapa semua muka dah bertukar jadi muka Dee. 

Parah dah ni, rindu kau. Muka diraup beberapa kali.


Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you'll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast

You see her when you close your eyes
Maybe one day you'll understand why
Everything you touch surely dies

Baru aku tau move on tu bukan senang.

18.2.14

Tunggu

Le owner


"Teja "

"Hurm ?"

"Tak sedih ke orang yang awak suka semua dah kahwin?" Mun keluar soalan . "Sedih tu adalah, menipu kalau kita tak sedih . tapi kita cuba untuk move on , Menunggu siapa yang Allah susun untuk kita . Ada orang kata dekat kita untuk sentiasa Husnudzhon dengan Allah , and I'll olwes hold to his naseehat . Husnudzhon dengan apa yang Allah dah susun . Dia susun kita jatuh cinta , mesti ada reason . Selama kita jatuh cinta , okey bunyi macam ewww , tapi , actually tbh , everytime kita jatuh suka , and end up dia kahwin , kita akan sentiasa belajar benda baru . I understand something that I dont know before . And I learned a lot . Mungkin ada sebab Allah susun kita dengan ujian hati , mungkin sebab dia tau kita kuat . So, I'll just face anything that happens afterward with a smile . InsyaAllah . Sebab kita tunggu Allah nak susun apa . I always wait for that one moment when there'll be a happy ending . Happy ending does exist , but maybe its just not today . Not Yet for me . " Senyum

Still waiting . Berharap ? Bukan . Tapi menunggu susun atur Dia .



Teja
1612hrs
18022014
Malizia

12.2.14

Sedap makan daging ?

Le owner


2013

"Kawan kita tu , dia bukannya nak mengaku salah ." Sal bercerita dengan riak wajah tak puas hati.
Iqa hanya mengangguk .
Fat datang tiba-tiba menyelit. "Sedap makan daging?"

Kami bertiga senyap . Tak faham .
"Yelah , sedap ke makan daging?" Fat menyambung lagi.
Teja dan Iqa mengangguk sambil tersenyum. Sal masih bingung tak dapat tangkap apa yang cuba Fat sampaikan. "Mana ada kita tengah makan daging."
Iqa dan Teja ketawa serentak .
"Sedap ke makan daging kawan awak tu?" Fat Sengih kening double jerk  dan berlalu ke sinki

Sentap _ 
Ha-ha . 

Teja
1242pm
12022014
Malizia

4.2.14

Tanpa Tajuk.



Bunyi detingan loceng membuatkan dia tersedar dari lamunan panjang . Frame foto dipeluk . Nasib baik tak jatuh pecah . Dia pandang lagi . Jelas kelihatan dia yang tersenyum manis dengan seorang lelaki . Baru lepas skate . Si lelaki memegang deck ditangan sebelah kiri manakala tangan kanannya diletak pada bahu keenah . Ahmad , dia juga sedang tersenyum ceria di dalam gambar. Keenah tersedar kembali dengan detingan loceng kali ketiga. Frame tadi diletakkan pada tempat asalnya . Matanya di sapu beberapa kali.Tudung tiga segi yang tersangkut di belakang pintu disarung segera . kaki dibawa laju dan cermat melangkah menuruni tangga menuju ke pintu utama. Pintu utama dibuka perlahan . Keenah senyum tawar . Asyraf , haneef , Syifa' , Aleya , Anna . Semua kawan Along . Dia menjemput mereka masuk . 

"Duduklah dulu , Keenah pergi belakang dulu,buat teh bujang, sebab semuanya orang-orang bujang kan." Keenah sengih. 
"Kak Aleya tolong eh." Aleya dah mengekori Keenah ke dapur . 

Beberapa minit kemudian dia datang ke depan kembali dengan membawa dulang berisi cawan. Aleya pula memegang Teko kaca berisi air teh panas . 

"Keenah sihat?" Haneef bertanya lembut . Dia dah anggap Keenah macam adiknya sendiri. 
"Alhamdulillah,macam tu lah. kadang-kadang tu bosan juga duduk sorang-sorang dekat rumah ni tak buat apa-apa." Dia senyum kurang gula.

Ruang tamu rumah itu dihurung sebak. Masing-masing senyap tiba-tiba . Wajah arwah Ahmad sudah menerjah ke pemikiran setiap yang berada di situ . Ahmad tu lejen betul . Sangat laju gerak langkahnya dalam dakwah. Siapa tak kenal . Seorang lelaki yang cukup hebat dalam kerja dakwah . Seorang abang yang syadid penyayang. Seorang lelaki yang menjadi impian para muslimah . Mungkin Allah sayang hamba dia yang itu, sebab tu diambil awal . 

Keenah menunduk lama . air mata dilap beberapa kali . Rindu dia pada Ahmad masih tak hilang lagi . Rasa kehilangan masih tak berkurang sedang dah sebulan Ahmad Pergi.

"Keenah akan balik Malaysia kejap, as soon as possible." Dia bersuara lemah.

Semua memandang ke arahnya.

"Makin lama tinggal sorang-sorang dekat rumah ni, makin rasa macam mayat hidup. Makin rasa macam hidup dalam dunia sendiri.Kejap-kejap dengar bunyi deck along.Kejap-kejap dengar macam along ketawa,dengar along panggil Keenah turun makan,kejut bangun subuh." Dia sengih kelat. 

"Ada apa-apa yang nak kami tolong?"Haneef bersuara memecahkan kesunyian.

"Tiketlah kot . Selalu along yang belikan pun kalau nak pergi mana-mana." Keenah masih lagi menunduk.Sebak masih tak dapat ditepis . 

"Nanti,Keenah bagitau abang Haneef  nanti abang Haneef tolong belikan, InsyaAllah." Haneef senyum.Dia juga rasa kehilangan sahabatnya itu.Siapa tak merasa ? Tak ada rasanya . Kehilangan Ahmad macam hilangnya sesuatu yang amat berharga dalam gerabak dakwah . Hilangnya satu logam yang sangat-sangat gagah .

"Terima kasih."

"Ini, kami datang pun nak bagi barang-barang arwah Ahmad. Dan, ada yang suruh Ahmad sampaikan pada Keenah." Haneef meletakkan bungkusan besar itu di sebelah meja kecil ruang tamu. Keenah pandang lama. Dia senyum pada haneef . "Terima kasih."

"Kalau ada apa-apa, bagitau kak Aleya, kak syifa' ke atau Kak Anna. InsyaAllah akak tolong. Keenah jangan segan-segan. Nanti kalau nak datang sini selalu ziara Keenah pun boleh kan?"

"Datanglah selalu, kalau akak atau abang nak buat usrah kat sini , sangat-sangat digalakkan. Bising dan meriah sikit rumah ni. Mengalir terus pahal untuk abang dekat sana." Keenah senyum. Hidup sikit rumah ni.

"Insya-Allah. Keenah , we're all here . Anggaplah kami ni macam abang kakak Keenah. Ahmad dah pergi, tapi Ruh dakwah dia masih kekal sama sampai sekarang dalam jiwa kami. Tak akan ada yang akan lupa. Abang Keenah tu mesti tengah lari-lari dalam Surga tunggu Keenah. Keenah pun kena lah laju-laju lari macam dia, supaya dapat jumpa dia dekat sana. Kalau ada apa-apa jangan segan bagitau kami. Kami dah anggap Keenah macam adik kami je. Ahmad tu pun , dah banyak sangat dia korban untuk kami dan gerabak dakwah ni. Dia tinggalkan Keenah ni pun , untuk kami jaga elok-elok. Jadi Keenah jangan segan tau.Kalau ada masalah , feel free to call us." Haneef senyum . Rindu juga dia pada Ahmad . Sahabat dia yang mana pernah kenal penat sebelum sampai lari-lari golek dekat surga. 

Itu kata Ahmad . Sekarang dia dah boleh rehat . Tapi yang dekat sini, mungkin sebab belum cukup penat untuk Allah nak bagi rehat dekat surga , tu yang matinya pun belum tiba. Haneef tunduk. Mata dilap beberapa kali. 

Keenah senyum tawar . Boleh ke dia lari selaju abangnya?
Along tu syadid qowiy. Phewww . Banyak benda ni nak kena buat .Mutabaah kena settlekan betul-betul lagi . Haish . Kau nak surga sekali dgn Along tak Keenah?!! Kalau nak, Kejar dan Lari lah selajunyaaa!! Dia senyum dah bertambah dengan sesudu gula.

"InsyaAllah, akan lari lebih laju.Doakanlah . Keenah ni dah lah tak kuat sangat . But , I'll try harder , InsyaAllah." Keenah senyum lagi.

"Kalau macam tu, kami minta diri dahulu.Jaga diri elok-elok. Kalau sakit , nak pergi klinik ke bagitau. Nombor akak ada dalam notebook tu." Kak Syifa' senyum menunjukkan ke arah notebook hijau cair cantik atas meja sekali dengan barang-barang tadi.

"Rightio." Mereka bersalaman dan mengundur diri seusai itu.

Senyap sunyi balik rumah . BUngkusan besar tadi dibuka perlahan . Air mata mengalir laju . Dibiar tanpa dihalang jatuh berderai menitis hingga ke atas barang itu. Deck . Dia peluk . Ada nama dia dan Ahmad di bahagian bawah deck . 
"Do you expect me to use this ? Siapa nak jaga Keenah skate malam-malam kalau bukan abang?!" Deck pemberian ahmad dipeluk kejap. Ruang rumah itu dipenuhi tangis esak seorang manusia.

. . . . . . . 


Entah . Terasa nak menulis . Lama jugak ambil masa nak siapkan ni, dekat tiga hari . Haha . Idea dah makin tumpul sebab banyak sangat dosa mungkin . Ada certain ibrah yang dapat diambil insyaAllah . Tapi , cari sendirilah . Kata nak Surga kena lah usaha lebih sikit ait?! :)

Feel free to critic and share . 
Hanya luah perasaan gedik , itu aku tau . haha
kbai.
moga terus kencang dgn Amal nak ke surga .

Salam Alaik.
0936pm
04022014
Johor.JDT

Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....