8.3.14

Q//E : 2

Hood disarung kekepala. Telinga dicucuk-cucuk dengan jari . Sakit lahai. Macam ni rasa dia naik flight . Taubat aku tak nak naik dah . Bibir tak dibiar sepi dengan senyuman. Kaki mengikut beratur di barisan Imigresen dengan papan tanda 'Foreigner' . Dia pandang Ed di hadapan . Tengah giat menulis borang apa-erntah-nama-dia. Tak terlepas pandang dengan budak-budak baya adik dia, tengah beratur dekat depan Ed. dengan Line sebelah lagi satu. Budak-budak ni ada lawatan sambil belajar apa.

Ed yang merancang backpacking ni pun. Diajak dia sekali sebab katanya tak ada kawan teman. Dia pun dengan berat hati ikut sekali. "Kau tengah sedih macam ni. Jom lah, backpacking. Kau duduk rumah tu tak buat apa, nak nangis je kerja bila ingatkan arwah adik kau." 

Ed tau dia asyik-asyik nak menangis. Ed tau. Mata dah bengkak merah macam tu siapa yang tak perasan. Ed kata jugak, dia mencari sesuatu dekat Padang ni. Mencari apa yang seorang abang bagitau dia suruh cari dekat sini dan dia punya rasa nak mencari tu semakin menjadi-jadi bila arwah meninggal dunia. Tak tau kenapa.

"Next!" Pegawai Imigresen dengan baju coklat menjerit. Qee urut dada. Terkejut. Nasib baik aku tak ada lemah jantung. Kaki diatur melangkah ke kaunter. Passport diserahkan kepada pegawai tadi. "Maaf ya pak." Minta maaf. Manners kena jaga dekat negara orang. Dia senyum . Pegawai tadi balas senyum . 

"Pertama kali ke luar negara ? Matanya ke kamera." Qee ikut tengok bola bulat separas kepala dia. 
"Ya Pak. Pertama kali." Dia balas sopan. Senyum lagi . 
"Selamat datang. Terima kasih." Pegawai imigresen senyum , menyerahkan Passport kembali.

Qee balas senyum , dan mendekati Ed yang dah senyum dari jauh sana. Dia dah lepas dulu."Berangan macam tak cukup tanah." Ed sengih. Qee jelir lidah .


Kaki mengikut kemana arah kaki Ed melangkah. Anak-anak lelaki yang berlari-lari membuat dia tersenyum. "Malam ni kita duduk sini. Ada masjid dekat sekolah ni." Qee terbeliak. "Kau ni dah rancang betul-betul ke tak ni?"

Ek ena mamat ni. "Backpacking bro. Backpacking . We follow the flow. Relax ah. Aku taulah lepas ni nak pergi mana-pergi mana." Ed melangkah meninggalkan Qee, menuju ke Masjid. Masjid tak ramai orang, sebab budak-budak lelaki sekolah tu baru je lepas habis Sukan petang kot. Dia senyum pada budak-budak lelaki yang berada di situ. Senyum mereka dibalas. Bahagian belakang masjid di duduki.

"Assalamualaikum abang." Seorang budak lelaki datang menghampiri. Baju melayu Putih, Kopiah , dengan kain pelikat Hijau. Senyum nampak gigi . Cantik gigi dia. Qee senyum . Ed senyum .

"Wa'alaikumsalam." Balas serentak.Sengih. "Abang ini dari mana bang , nggak pernah kita lihat di sini."
Dah agak mesti budak ni tanya dari mana.

"Kami dari Malaysia." Ed salam tangan budak tu. Budak tu duduk depan dia dua orang. "Oh, setahun lalu, ada juga uda yang mampir ke sini. Namanya Uda Fandy. Udanya dari Malaysia juga."

Uda. Apakebenda tu. Abang ke maksud dia."Uda itu abang ya?" Qee pula bertanya.

"Ouh , Iya . Maaf ya, kalau nggak ngerti." Budak tu garu kepala. Dia sengih .

"Tak apa. Uda Fandy itu teman kami. Dia yang suruh kami ke sini." Ed senyum.

"Benaran? wah, nanti kirim salam kami pada beliau ya. Banyak hal kami belajar dari dia toh. Uda nginap di sini?"

"Ya, mungkin untuk malam ini saja. Kami mau ke seluruh padang kalau bisa. Mau tadabbur alam kata sipnya. Ha-ha." Ed ketawa.

"Wah Uda punya gitar, nanti malam bisa kita busking satu lagu ya. Haha." Budak lelaki tu dah gaya macam nak bangun. "Harus ke depan , ada ma'thurat petang. Istirehat dulu , pasti capek." Dia senyum dan bangun.

"Busking satu lagu boleh malam ni?" Ed sendeng bahu Qee.

"Bagi aku lelap mata kejap.Penat." Beg Nike jadi alas kepala gantikan bantal. Case Guitar jadi bantal peluk.

"Mana elok tidur lepas asar." Ed keluar ayat buat mata dia buka balik."Macam kau tak pernah buat." Mata perjam balik. Aku penat. Bagilah aku tidur kejap sebelum azan maghrib.



"Bang , lagu minang lah buskingnya." Lelaki muka gelap gigi putih gila jerit antara ramai-ramai budak lelaki yang ada dekat situ.

"Mana aku bisa lagu minang.Gini aja, Teman Sejati Brothers, bisa?" Qee dah siap dengan guitar dia dan plug dekat jari .

"Ohhh , sip tu.Ayo dimulai!" Semangat semua sambut. Qee sengih . Muka budak-budak macam budak sekolah pondok. Sekolah pun gaya sekolah islamik takkan kau nak keluar 'MCR' , Linkin Park.  kang ada jugak yang tak ada tempat tidur malam ni. Nasyid itu aja yang dia ingat. Hafal waktu darjah 1 waktu zaman-zaman suci lagi.

Petikan gitar buat semua budak lelaki dekat sekeliling dia tepuk tangan nyanyi sekali. "Wah , merdu suaranya!" Budak lelaki gelap tu jerit lagi sekali. Qee senyum . Kenyit mata buat gaya artis . Poyo.

Ed ketawa . Qee , Qee . 

Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....