Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

4.3.14

20022014


Topi hijau lusuh Komunis disarung ke kepala yang dilitup tudung hitam. Tali kasut diikat kemas.

Seawal pagi jam 4;30 pagi masa Indonesia mereka dah dikejutkan untuk Qiam . Lepas tu subuh berjemaah
dan ma'thurat . Memang tak ada masa nak sambung tidur balik walaupun mata masing-masing waktu tu dah tak tahan tak boleh nak buka lagi . Lepas siap-siap , sarapan dan terus bergerak berjalan kaki .

Perjalanan sepanjang 2 Kilometer yang akhirnya membawa dia pada suatu tempat yang buat dia jatuh rahang. Sungai . Peluh di dahi dan hidung dilap dengan belakang tangan. Senyum makin melebar . Penat terus hilang bila nampak Air sungai mengalir perlahan . 

Seronok kalau dapat mandi ni.

Teja sengih sendiri . Dia pandang akhawat yang lain yang berada di sebelah sungai sana . Kaki mengatur langkah perlahan mengikut jejak langkah Kak Devva dan Kak Ami , menuju ke tempat akhawat yang lain berdiri . 

"Kita kena angkat batu . bawa pergi pada Ikhwah . Nanti orang-orang kampung tu akan buat tembok dengan batu-batu tu." 

Kesemua Akhawat senyum . Sengih . Masing-masing terus mengambil tempat , membuat rantaian panjang . Batu-batu yang kelihatan mulai diambil dan dihulurkan antara satu sama lain . Diletakkan di dalam bakut rotan , kemudian diserahkan kepada Ikhwah . Lama . Berterusan sampai batu-batu dah cukup untuk buat tembok . 

Kerja berat . Tapi , mudah , bila semua buat sama-sama . Penat . tapi bahagia . Bahagia bila nampak air sungai dah mula mengalir bila batu-batu penghalang air untuk mengalir dialihkan bersama-sama .

"Asma' jaga-jaga." Asma' macam menari bila dia nak terjatuh . Dua kali . dia terbuat gaya macam tu depan atuk yang tengah lalu nak turut serta dengan 'bapak-bapak' yang lain . Ketawa pecah . Semua akhawat ketawa . 

Penat . Jari dah luka-luka . Sebab cuba nak mengangkat batu besar yang dah dalam tertanam dalam tanah. 
Tapi , bahagia tersisip dalam jiwa masing-masing bila ada sahaja cerita dari setiap akhawat buat pecah perut.

Bila ada yang semangat dah luntur . Penat sangat . Nanti ada yang jerit . Bawa semangat dari Ar-Risalah.
"Tga Kata Penggoncang Dunia , Takbir!"

"Allahu Akbar ! Allahu Akbar! Allahu Akbar!" Yang lain sambut Jerit dengan penuh semangat .

Dan semangat mereka kembali pulih . 

Teja senyum bahagia . Senyum terlebih gula . 

Gembira dia melihat setiap wajah-wajah cinta dia bergelak tawa. 
Gembira dia melihat wajah 'bapak-bapak' senyum , ketawa dengan rokok tersisip di hujung bibir melihat kami bekerja untuk kampung mereka . 
Gembira dia melihat Ikhwah dah basah kuyup gali tanah , batu-batu untuk nak bagi air sungai lalu . 
Gembira dia melihat wajah penat , peluh mengalir dari mereka-mereka yang ada di situ .

Gembira bila tadi waktu mula-mula datang , parit yang kering hanya ada tanah merah sekarang dah mengalir air sungai jernih . 

Semua usaha . Semua keluar peluh . Semua Penat . Semua Ketawa . Semua bahagia . 


Teja
20022014
Padang , Indonesia





19022014 //2


Berjalan kaki dari Homestay ke Sebuah Sekolah.
Berjalan kaki di atas jalan batu yang mencucuk-cucuk tapak kasut.
Peluh tak keluar itu mustahil .
Tapi akhirnya senyuman menghiasi bibir.

Hati terasa sesuatu.
Tak mampu describe perasaan sesuatu itu.
Perasaan semakin kuat bila kaki mula melangkah ke ruang sekolah.

Senyum tak lekang dari bibir .
Melihat anak-anak lelaki juga perempuan .
Teringat Laskar Pelangi.
Anak-anak polos , bersih tanpa dosa menarik hujung bibir senyum lebar.

Tak kenal , mana nak cinta , mana nak sayang , mana nak rindu , mana nak doa .
Salam diberi , balasan membuat diri hampir luruh jantung .
Hampir Luruh jantung terkesima dengan Hamasah mereka .
Hampir Luruh jantung terkesima dengan Gema takbir mereka .

"Tiga kata Penggoncang Dunia, Takbir!"

"Allahu Akbar . Allahu Akbar . Allahu Akbar !"

Berbeza .
Sampai ke hari ini aku akan tetap kata yang Ar-Risalah dan Hidayah itu berbeza .

Hamasah mereka dan Hamasah kita .
Entah bila aku mampu berdiri megah mengatakan kita sama .

Matangnya mereka . Hamasah mereka . 
Semua tentang Mereka itu .

Aku angkat tangan . Mengalah dahulu . 
Sungguh mereka telah mengalahkan aku . Kita .

Hingga hari ini , mohon pinjam Hamasah Kalian .
Sampai mati , mohon pinjam semangat Kalian .

Teja.
19022014
Padang , Indonesia

3.3.14

19022014


Teja memandang ke luar tingkap bas yang laju menuju ke destinasi . Kepala tak tau nak cakap apa perasaan sekarang . Bercampur-baur macam Rojak buah Pulau Pinang . Riisau , bahagia , sedih , gembira . Memang macam rojak . Telinga disumbat dengan earphone . Sholatun Bissalamil Mubin Acoustic Version berlagu di kedua belah telinga . Qasidah favourite . Mata leka memandang setiap objek yang berada di tepi jalan . Cahaya matahari yang kian kelihatan menyinar pada wajah . 

Mulut mengikut yang lain membaca ma'thurat pagi dengan telinga berlagu Qasidah . Perempuan , boleh buat banyak benda dalam satu masa . Otak laju , lincah berfikir . 

How is he ? Is He still alive ? Is He Okay ? Apa yang aku nak cari dekat Padang ? Apa hadaf aku sebenarnya ? Allah redha ke ? Am I really going to go back home again ? Am I still alive tomorrow ?

Perginya tanpa tahu apa tujuan .
Seperti kucing yang hanya mengikut tuannya , tanpa tahu Hadaf sebenar.

Tapi aku manusia yang sepatutnya tahu Hadafnya .
Mengharap balik nanti bukan Teja yang sama .
Tapi Teja yang sudah faham dan tahu akan sesuatu yang baru .

Teja
19022014
Malizia.

Cancelled

Le owner

Hood dibiar tersarung di kepala dengan Headphone Beats gedabak tersangkut dileher berdentum kuat Linkin Park Somewhere I Belong . Tangan masih tak lekang dari pensil Mekanikal dan buku Sketchbook + Notebook dia yang satu tu . Gambar Pianist lelaki dengan Kot hitam dah menunjukkan rupa . Kepala dah serabut habis , ini lah jadinya . Sketching . Ranting on a piece of paper . Sound so stupid . sepatutnya rant pada manusia . Tapi kisah pula dia . Flight Canceled lagi . Memang harapanlah dia nak balik tempat penginapan semalam balik . Rasa malas dah merayap satu badan . Hati membentak-bentak . 

Entah apa lagi Hikmah yang tuhan nak tunjuk . Dia hampir putus asa . 
Sekejap . Dia lap air mata . Terasa diri bodoh gila . Persoalkan aturan Dia . Dimaki hamun diri sendiri dalam hati .  

Gambar Pianist dengan kot hitam dah siap . Diselak setiap helaian buku . Cuba redhakan hati dengan aturan Dia . Qee tutup buku . Headphone gedabak yang dikata kawannya untuk orang gerudi tanah pakai dibawa ke telinga . 


  I wanna heal, I wanna feel like I'm somewhere I belong

  I wanna heal, I wanna feel like I'm somewhere I belong
  Somewhere I belong.


Redhalah hati . 
Flight Cancel je pun . Bukan Tak boleh balik Malizia terus  . 


Teja
Padang,Indonesia
01032014




2.3.14

Padang



Pergi tak tau apa tujuan .
Balik dada tak kosong . 
Makin Berat ada lah .

Tak belajar apa-apa , itu tipu belaka .
Belajar banyak benda itu Sahih Belaka .

Orang kata , negara aku dan negara dia sama .
Tapi , sampai ke hari ini , aku tak mampu temui apa-apa persamaan .

Kegigihan mereka tak sama .
Semua nya tak sama .

Cuaca tanpa empat Musim , mungkin itu saja persamaannya .

Mereka lebih gigih dalam dakwah.
Mereka lebih susah lelah dalam dakwah.

Apa sahaja mereka sanggup beri untuk dakwah.
Apa sahaja . 

Ada seorang ikhwah mereka yang sanggup melepaskan Hapenya sedangkan itu satu-satunya barang berharga dia . Demi untuk dakwah.

Banyak benda , yang aku belajar .
Dari sekecil-kecil perkara sehingga yang seberat-berat perkara yang berat betul nak dibawa pulang ke Malaysia.

Hati mereka sudah benar-benar terpaut dengan Akhirat . 
Hati Kita masih terpaut pada dunia .

Kerna itu aku kata .
Malaysia dan Indonesia itu , tak akan sama .

Kerna akhirat yang mereka cinta itu takkan pernah sama dengan Dunia yang kita cinta .


Teja
2334hrs
02032014
Malizia.

1.3.14

_TRAVELOG_


Travelog Hamba . 
Chenta . Tarbiyyah . Ibrah .

Di tulis dengan Hati .
Untuk Hati lain juga . 

Aku bukan penulis dengan ayat boleh dapat award dewan bahasa pustaka . 
Jauh sekali . 

Aku cuma coret ikut hati , ikut apa yang terasa nak luah melalui kata sebab tak mampu nak ungkap dengan bahasa mulut.

Travelog Hamba . 

Pertemuan Aku dengan mereka .
Yang aku pasti Segalanya aturan dia .

Dari yang aku jatuh cinta sampai aku jatuh sayang .
Dari yang aku belum belajar apa-apa , sampai aku yang dah dapat banyak perkara .
Dari yang aku tak pernah kenal sampai aku dah rapat benar .

Watak-watak yang hadir tanpa aku agak , tanpa aku jemput . 
Hadir bawa satu makna besar dalam hidup seorang Teja di Alam Siber dan Seorang Manusia di alam realiti .

Pak Rinaldi . Kak Devva . Kak Ami . Ibu Wiwi . Ibu Ida . Bang Yogi . Bang Elfan . Bang Tomy . Bang Andra . Bang Rama . Bang Robet . Kak Vivi .
Ibu-ibu di masjid Asrama Haji . 
Warga As-salam
Warga Ar-Risalah 
Warga Persanteren 
Anak-anak Panti Asuhan 
 Setiap warga Indonesia yang ajar aku sesuatu
Setiap Sahabat J2P yang terchenta
Ustazah Dayang . Ustaz Fikri . Pak Cik Kahar . Kak Iman .
Sang Pencipta , Pengatur pertemuan dengan mereka ini.

Terima kasih . 
Sungguh .
Aku sayang Kalian Lillah , Fillah .

May Allah Bless Us Here and Hereafter . 

Teja
Malizia






Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....