4.3.14

20022014


Topi hijau lusuh Komunis disarung ke kepala yang dilitup tudung hitam. Tali kasut diikat kemas.

Seawal pagi jam 4;30 pagi masa Indonesia mereka dah dikejutkan untuk Qiam . Lepas tu subuh berjemaah
dan ma'thurat . Memang tak ada masa nak sambung tidur balik walaupun mata masing-masing waktu tu dah tak tahan tak boleh nak buka lagi . Lepas siap-siap , sarapan dan terus bergerak berjalan kaki .

Perjalanan sepanjang 2 Kilometer yang akhirnya membawa dia pada suatu tempat yang buat dia jatuh rahang. Sungai . Peluh di dahi dan hidung dilap dengan belakang tangan. Senyum makin melebar . Penat terus hilang bila nampak Air sungai mengalir perlahan . 

Seronok kalau dapat mandi ni.

Teja sengih sendiri . Dia pandang akhawat yang lain yang berada di sebelah sungai sana . Kaki mengatur langkah perlahan mengikut jejak langkah Kak Devva dan Kak Ami , menuju ke tempat akhawat yang lain berdiri . 

"Kita kena angkat batu . bawa pergi pada Ikhwah . Nanti orang-orang kampung tu akan buat tembok dengan batu-batu tu." 

Kesemua Akhawat senyum . Sengih . Masing-masing terus mengambil tempat , membuat rantaian panjang . Batu-batu yang kelihatan mulai diambil dan dihulurkan antara satu sama lain . Diletakkan di dalam bakut rotan , kemudian diserahkan kepada Ikhwah . Lama . Berterusan sampai batu-batu dah cukup untuk buat tembok . 

Kerja berat . Tapi , mudah , bila semua buat sama-sama . Penat . tapi bahagia . Bahagia bila nampak air sungai dah mula mengalir bila batu-batu penghalang air untuk mengalir dialihkan bersama-sama .

"Asma' jaga-jaga." Asma' macam menari bila dia nak terjatuh . Dua kali . dia terbuat gaya macam tu depan atuk yang tengah lalu nak turut serta dengan 'bapak-bapak' yang lain . Ketawa pecah . Semua akhawat ketawa . 

Penat . Jari dah luka-luka . Sebab cuba nak mengangkat batu besar yang dah dalam tertanam dalam tanah. 
Tapi , bahagia tersisip dalam jiwa masing-masing bila ada sahaja cerita dari setiap akhawat buat pecah perut.

Bila ada yang semangat dah luntur . Penat sangat . Nanti ada yang jerit . Bawa semangat dari Ar-Risalah.
"Tga Kata Penggoncang Dunia , Takbir!"

"Allahu Akbar ! Allahu Akbar! Allahu Akbar!" Yang lain sambut Jerit dengan penuh semangat .

Dan semangat mereka kembali pulih . 

Teja senyum bahagia . Senyum terlebih gula . 

Gembira dia melihat setiap wajah-wajah cinta dia bergelak tawa. 
Gembira dia melihat wajah 'bapak-bapak' senyum , ketawa dengan rokok tersisip di hujung bibir melihat kami bekerja untuk kampung mereka . 
Gembira dia melihat Ikhwah dah basah kuyup gali tanah , batu-batu untuk nak bagi air sungai lalu . 
Gembira dia melihat wajah penat , peluh mengalir dari mereka-mereka yang ada di situ .

Gembira bila tadi waktu mula-mula datang , parit yang kering hanya ada tanah merah sekarang dah mengalir air sungai jernih . 

Semua usaha . Semua keluar peluh . Semua Penat . Semua Ketawa . Semua bahagia . 


Teja
20022014
Padang , Indonesia





Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....