"Engkau aku tak kisah sangat. Kau kan kuat. Tapi ked tu aku kesian."
"Aku kuat?" Dia tergelak. Setiap malam nangis tak berhenti tu kuat? You just don't see it. No one ever sees me when I am at my worst isn't it. Dia senyum saja.
Bila malam, lagi bila paginya tiada urusan apa, dia akan berkurung dalam bilik. Seorang. Bertemankan earphone, internet, laptop, ukulele, dan apa sahaja yang dia rasa perlu untuk dia nak bersendiri. Bila malam, dia bagai di dunia dia sendiri. Cuma tinggal dia dan Tuhan. satu-satunya tempat dia berbicara. Semua isi hatinya, yang tak mampu diucap butir kata, lidah tak bergerak.
Dan malam itu, seperti malam-malamnya yang lain, dia duduk bersila dalam biliknya, seorang diri. Telinga dah bersumbat earphone, berlagu playlist random dengan lagu random juga, Ukulele diletak tepi. Kepalanya serabut, sama juga seperti hari-hari yang lainnya. Dia sedar, dia tahu. Dia selalu overthinking. Tapi entah celah mana dia tak tahu mahu berhenti. Cuba dicari baiknya overthinking-nya itu. Jumpa jugalah satu dua baiknya. Banyak benda yang dia nak meluah. Tapi dia tak tahu pada siapa, tak tahu bagaiman. Setiap kali nak bercerita pada manusia, lidah kelu, hilang kata, dengan kepala berfikir laju kemungkinan itu dan ini. Dan akhirnya lidah tak bergerak, liur kering, kata terluah. Cuma hati berbicara. Jadi dia lebih memilih menangis pada Tuhan setiap malam. Rutin dari umur 6 tahun. Bila abah ambil keputusan hantar dia ke asrama seawal umur itu, jenuh juga dia. Setiap kali naik cuti, dia meraung mahu pulang. Setiap kali kembali ke asrama, dia akan mengamuk, dan setiap kali itu otaknya ligat berfikir berbagai cara supaya dia tak perlu ke asrama. Dari gigit baju ummi supaya tak pergi sampai lah terseret di jalan mahu pulang. Sampaikan mudir datang dengan rotan baru lah dia diam dengan kesan air mata kering dipipi. Bila lama, dia penat. Bila adu dan raung kuat tak didengar. Dia ambil keputusan tangis pada tuhan. Seawal enam tahun dia meraung dalam diam pada tuhan. Setiap malam. Sampai dicubit budak perempuan katil sebelah kerana esaknya kadang terdengar mengganggu tidurnya. Semakin lama semakin dia mampu. Tiada esak kedengaran lagi.
Sampai sekarang. Masih. Dia mengadu pada tuhan, cerita semua. Kerana dia dah lama sorok dari manusia, air jernih senang disimpan walau sakitnya diwaktu pagi. Malam juga air matanya akan gugur. Sekarang umurnya dah 20. Masih sama. Malam jadi waktu dia meluah rasa. Hasil enam tahun dulu, dia jadi tak pandai beritahu pada manusia apa yang dia rasa. Ada sekali dua dia cuba, tak mahu mulut bicara, dia ambil keputusan untuk diam, senyum dan teruskan hidup. Sedang setiap malam, air jernih yang jatuh jadi saksi betapa dia mahu berhenti hidup, dan bertemu tuhan. Tapi bila pagi, dia lebih banyak tawa tanpa cerita apa yang dia rasa. Malam jadi waktu paling otaknya ligat berfikir mahu cuba bantu drinya, tapi bila pagi datang, dia sendiri jadi lupa pada dirinya di malam tadi. Tak tahu nak salahkan siapa. Memang bukan salah siapa-siapa. Dan dia buat konklusi itu salah dia sebab tak berusaha bantu dan sayang diri. Malam ini sama. Dia menangis lagi. Sampai bila nak salahkan diri, dia tak tahu. Yang dia tahu bila esok pagi datang lagi, dia akan terus tertawa dan tersenyum, dan bila malam datang lagi dia ada Tuhan untuk meluah lagi. Berulanglah sampai dia mati. Mungkin ini memang jalan hidup dia. Penatlah dengan manusia dipagi, bila malam Tuhan juga yang tak mengecewakan. Dia sentiasa ada. Biarlah orang fikir dia kuat. Dia cukup kuat. Cukup kuat kerana masih hidup. Hatinya berkata.