29.1.14

Luka.

Le owner


27012014

"Kau suka dia kan?"
Teja senyum memandang skrin . Jari-jemari laju menaip . "Mana ada. aku suka orang lain." 
"EH tengok tu , nak elak lagi. Mengaku je lah Teja." Ed menduga lagi.
"Aku seriyeslah . buat apa aku nak tipu , bukan bawak pulang modal pun . haha." Dia sengih depan komputernya sendiri.

Hatinya tak rasa apa-apa. Cuma bahagia yang ada . Sedih juga tidak .

_tipu. 

28012014

Selesema Teja makin menjadi-jadi. Tisu baru ditarik keluar dari kotak warna biru itu. Dia mengelap hujung hidungnya ala kadar . Hingus disedut kembali masuk ke dalam rongga hidung. Awan nano dah berganti dengan Bahagiamu Deritaku . Batuknya juga semakin bertambah teruk . Sekeliling mata dah terasa kasar dan pedih kerana digosok beberapa kali . Air hangat laju mengalir tanpa henti . Entah , kenapa hatinya begitu sakit sekali malam ini . Segala apa yang terjadi semalam bagaikan dia menelan paku tajam . Semuanya dusta belaka . Seluruh badannya menggigil . Suaranya ditahan . Rumah Teres itu telah sunyi . Masing-masing sudah lena dibuai mimpi indah . Sedang tanpa siapa tahu , sebuah hati yang sedang berdarah luka , seorang manusia sedang menangis hiba . 

Tangannya dibawa berlari menekan suis lampu kecil . RUang gelap bilik itu diterangi sedikit cahaya keorenan . Pensil Tekan diambil . Buku Nota sketchbook kertas Pulpa diambil . Tangannya mula menulis sesuatu .

28012014
0230am
Malizia.

hati . kenapa kau berdarah kembali ?
hati . kenapa luka lagi ?
hati . kenapa begitu lemah ?

kuatlah hati .
kuatlah diri .
kuatlah jiwa .

demi ummah .
demi DIA . 

kuatlah hati seperti Yusuf .
Saat dihantar ujian Imannya semakin tinggi , tidak runtuh .

"Allah sayang kita. Sebab tu Dia Uji. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat."

sayang , 
ujian mematangkan.
ujian menguatkan.
ujian mendekatkan dgn Dia. 
Nak ke surga , pun kena diuji dulu. 
Teguhlah Hati . Sabarlah jiwa .
Allah sentiasa bersama.
Allah sentiasa peluk.
Allah sentiasa usap air mata kau yang mengalir.
Percayalah . Dia sayangkan kau . Dia takkan tinggalkan kau.


Dia menutup perlahan buku tadi . Dia melangkah ke tandas longlai untuk mengambil wudu' . Sejadah dibentang perlahan . Dalam kesamaran lampu oren kecil , dia bersujud menangis semahunya pada DIA Terchenta . Malam gelap jadi saksi pasrahnya hati seorang hamba . Malam tanpa bintang jadi saksi , betapa lemahnya hati seorang gadis marhaen. Malam itu jadi saksi , setiap titisan air mata yang mengalir dari si gadis rahsia .

Le owner

"Remember one thing, when there's no one to listen to you, Allah is never far. It may sound cliche, but yeah, it helps."
-11012014-


BUMI,
0549am,
29012014.


No comments:

Post a Comment

Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....