12.2.14

Dia.


Dalam bas , nak balik rumah lepas penat dekat sekolah . Ingat nak tidur menunggu sampai rumah . Tapi tak boleh , kena kacau dengn budak-budak ni .

"Akak, ana nak lukis bolehlah."
"Nah, lukis dekat sini , jangan lukis dkt page lain. Akak baru beli sketchbook ni."
"OK"

Dia lukis kucing dia . Nama dia Fluffy .
dengan Anjing jiran sebelah dia dia kata .

"Fluffy ni ana suka sangat.Dia comel . Geram ana."
Aku hanya mampu senyum.

Budak ni , dulu aku tak suka betul .
Waktu tak kenal betul-betul dia.

Tapi,
Aku jadi adore betul dgn dia sekarang .

Dia ni Penyayang sebenarnya .
Dia suka binatang . 
"Anak ada Hamster dulu . Lepas tu dia dah mati dah. sebab kena langgar."
"Kena langgar ?!"
"Ha-ah . Kawan ana langgar dengan basikal dia.Jahat. Lepas tu Ana cakap bo*** dekat dia. Dia sengaja langgar. Kesian Hamster tu."
Muka dia dah berubah . Sedih.

Aku senyum lagi . 
"Allah sayang orang yang tahan kemarahan dia . Kalau jadi macam tu lagi , anta janganlah mencarut . Sabar. Nanti boleh jumpa Hamster anta dekat Surga."
Dia senyum dah . "Yeah! Boleh jumpa dekat Surga kalau kita tak marah ? Okey. kita tak marah-marah dah."

Comelnya budak-budak . Bila lah nak ada satu . Eh . ha-ha .

Teja.
1327pm
12022014
Malizia

Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....