17.6.14

Pernah ?

Le owner

Pernah Rasa?
Kita sayang sangat sesuatu atau seseorang tu,
Kita berharap dia akan sentiasa ada,
Kita berharap kita akan dapat benda benda tu,
Sampai satu masa Allah tarik Nyawa dia,
Sampai satu masa Allah punahkan terus harapan kita untuk dapat benda tu,

Sampai satu masa,
Tak mampu nak redha.
Tak Boleh terima.
Jadi manusia paling macam tak punya tuhan,
Hanya sebab orang yang kita sayang diambil PenciptaNya.

Sampai satu masa,
Dengan semua orang kita nak naik angin.
Tak boleh terima.
Jadi manusia paling tak punya Akhlak.
Hanya sebab Tuhan tak beri apa yang kita mahu.

Sampai satu masa,
Allah beri Insan yang lebih baik.
Sampai satu masa,
Kita dapat Benda yang jauh lebih baik.

Baru kita bahagia
Baru tahu bersyukur.

Manusia.
Kita ni Dicipta Dia,
Dan pastinya Dia tahu mana yang terbaik buat Ciptaannya.
Masakan, Si Pembuat Kereta tak mampu membaiki kereta yang telah dia bina?
Masakan, Tukang Masak tak mampu kesan kesalahan dalam masakannya sendiri?

Dan,
Teruslah Husnudzhon.
Tuhan Tahu , Lebih tahu mana yang terbaik.
Kerna Dia Pencipta dan kita hanya Ciptaanya.

Tejazz
0147hrs
17062014

Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....