9.9.14

Baitul Muslim ? Seriyes kau ?!

Le owner


"Aku nak kahwin . Nak kahwin." Fiqah mengomel tak berhenti .
"Hang kahwin je lah. Pikiaq pening apa." Mata Nur masih tak beralih dari kertas tulisan ayat quran ditangan.
Teja disebelah yang galak dengan handphone memanfaatkan line hanya tersengih mendengar juga omelan si Fiqa .
"Aku nak kahwin. hahaha. Ahmad ni tengah belajar. Nak kahwin." Fiqa masih lai dengan niatnya. Entah dah masuk berapa belas kali dia ulangi perkataan Nak kahwin tu.
"Teja, aku nak kahwin."
Teja angkat kepala . Senyum . "Ingat senang?" Dia masih senyum . Matanya kembali pada skrin handphone.
"Teja aku nak kahwin.nak kahwin. hahahah"
Handphone diletak perlahan . "Dulu , aku paling tak boleh pisah bila bab kahwin. Tapi sekarang, haha , aku paling tak rasa aku mampu nak kahwin."
"Kenapa pulak?"
"Kau tau , Kahwin ni berat o. Bukan setakat kau kahwin, bahagia , gaduh-gaduh sikit , baik balik , dapat anak , hantar anak pergi sekolah , dan kau mati dan anak kau besar dan sebagainya. Bukan setakat tu . Kita hidup ni proses . Nak cerita islam tu lawa , Islam tu datang dari Tuhan yang Esa maha Bijaksana , Maha Hebat , dia susun memang cantik. Baitul Muslim atau keluarga muslim ni termasuk dalam satu proses yang kita panggil Maratib Amal . Ala , yang hari tu dekat kelas beria aku cerita terangkan dekat Madam. Dan MA ni bermula dengan Individu muslim , dan kalau kau nak check kau dah jadi IM atau belum kau boleh nilai dengan muasofat Tarbiyah kau yang macam dalam bilik aku tu . Bila kau dah settle baru kau boleh naik seterusnya iaitu Bait Muslim ni , dan BM ni adalah Penyatuan dua IM yang baik , yang settle MT nya , yang insyaAllah layak , supaya kau akan dapat bina Satu BM yang baik sehingga boleh naik ke tangga seterusnya dan seterusnya sampai lah akhirnya sampai kepada Ustaziatul Alam , bila islam jadi Guru pada Alam . So kau tengoklah , setiap tangga tu penting , termasuk bait muslim . Aku tak berani nak cakap nak nak sangat kahwin walaupun mestilah nak tapi rasa gila tak layak sebab IM pun aku tak settle lagi."
Fiqah tunduk. "Aku tak ready , aku tak ready." Suara perlahan/
"Hahaha . Tak apalah IM tu slw-slow lah."
"Aku kena jadi baik dulu betul-betul supaya nanti dapat didik anak aku betul-betul."
"Ha, tulah dia."
"Berat gak. Baru tau. hahaha."
"Pergh dapat share MA , rasa SH dah tercapai sikit. chehh." Sengih
"Apa?" Kawan di sebelah bersuara bertanya .
"Tarapppaapapa . Aku masuk bilik lu." Teja angkat punggung dan menghilang .


Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....