Bila meluah dan ada yang membaca,
ada saja cemuhan dari mereka yang kita sayang.
Hakikatnya mereka tak merasa yang sama.
Bila berlari dan berkurung,
Masih dengan cemuhan dari mereka yang kita sayang.
Tak didengar dek telinga.
Tapi bingitnya cemuhan dari dalam hati,
buat hati aku berdarah sendiri,
Air mata mengalir tak henti.
Bila sayang mereka dah bertukar benci.
Bila kisahnya mereka bertukar jenuh dan meluat.
Bila hati kita dah lain,
yang terlampau sayang dan yang sudah membenci.
Aku masih senyum.
Masih ketawa.
Masih hidup.
Selagi belum ditarik nyawa Dia.
Aku masih, mampu tahan segala.
Walau setiap hari, perit rindu menahan.
Walau setiap hari, perit sayang tak berbalas.
Walau setiap hari, hanya mampu menatap mesej lama tanpa balasan.
Walau setiap hari, terusan, berlawan untuk terus hidup dan tak mati.
Hakikatnya,
aku punya juga penat.
Tapi entah kenapa masih tak pernah putus asa.
Entah bila .
Aku akan putus asa. tanpa toleh lagi.
17.3.15
Eh dah syawal.
Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....
-
Syahadah Al-Haq. Karya : Abu Al'A'la Al-Maududi. Status : Masih belum Khatam . Masih belum Hadam . HIGHLIGHT: "Allah Jadi...
-
It hurts so much, I cant think of any other word but hurt, And pain and broken. It hurts so much, My tears cant stop, My heart broke, ...
-
people are too damn selfish. As long as they can survive, they leave other people back, and move on. People are too damn selfish. Ignore...