"Define escapisme."
Dan
aku sengih. Lama aku diam tak bagi jawapan pada suara dia yang bertanya
berdengung di segenap ruang.Minda. Dan jawapan aku dimulai dengan nafas
dalam juga senyum penuh harapan.
"Lari. Dari semua
manusia dan benda tanpa aku rasa takut bila aku sendiri tanpa aku risau
tentang apa perkara sekalipun. Lari, dari bising manusia pekik sana
sini. Lari dari bingitnya suara judgers tak bertauliah yang hakikatnya
hanya suara bisik.Lari dari takut pada makhluk yang dilihat dek
pancaindera. Itu definisi Escapisme aku."
Dan rata-rata yang aku jumpa, semua fikir perkara seakan aku.
Mahu lari. Mahu pergi jauh pada tempat yang tiada dikenal dia, dari sakit dan masalah.
Tapi, sebelum manusia itu hilang pergi entah kemana, dia tinggalkan aku sesuatu.
"Muslim
itu, cukup pengecut jika dia hanya terusan berfikir mahu lari dari itu
ini. dan akhirnya lelah didunia hanya dengan angan mahu lari dari itu
dan ini.Sedangkan escapisme itu takkan pernah mahu bertolak ansur dengan
kau.Tapi kita yang selalu memaksa dia supaya kononnya kita dapat escape
sebentar dari dunia yang sepatutnya kita lalui. Nanti di akhirat, mahu
jawab apa kau pada pencipta yang kau bilang kau beriman itu?
Bila
ditanya tujuanmu dan apa sumbanganmu? Sanggup kau senyap. Ah pastilah.
Mulut sudah tidak bisa berbicara. tapi jelaslah nanti ada anggota lain
yang membalas."Otaknya tak habis berfikir tentang lari dan lari hingga
tugas sebagai hamba ditinggal. Lalai dan alpa." Sanggup kau biar
anggotamu menjawab sebegitu? Jangan jadi pengecut, "
Dan
selepas itu, dia hilang. Tinggalkan aku. Topeng sudah terbuka, topeng
itu sudah pergi. Yang buruk terserlah. Kerna yang baik itu telah pergi.
menyuruh aku untuk ubah dari yang tersembunyi sebelum ini terus bangun
dan jadi yang seperti yang telah pergi itu. Tapi beza. Lebih suci dan
asli bukan disebalik topeng.
--//Kadang
kita yang dahulunya baik, tiba-tiba jatuh bukan sebab apa. tapi dia
mahu beri ruang pada yang disebalik topeng baik itu, bangkit dan jadi
yang baik bukan disebalik topeng. Somehow, I'm on tht situation now.
Berubah dari Jahat dalam baik ke arah baik yang benar baik Dan cukuplah
jadi pengecut. Moga Allah redha.
