24.8.16

Conversation

"Hoi okay dak ni." Suara dihujung talian berlagu risau.
"am Fine. hahaha" Sisa gelak dibiar jadi noktah jawapan.
"Kenapa deactive twitter?" Masih tak puas hati rentak soalan.
"Orang ketiga tanya." Tak menjawab soalan. Dia senyum, kurang gula,
"Lantaklah, kenapa?" Mendesak.
"Tak payah lah marah." Mata berair. damn, semua orang nak marah! Hatinya bersuara. Esak ditahan.
Senyap. Tak ada balasan. "Erm, Jom ngopi?" Suara dihujung talian dah berubah rentak. Lembut.
"Tak sihat. Malas. Pening." Cepat dia menepis. Muka basi.
"Kau tak okay aku tahu tau." Suara dia mendayu cuba memujuk.
"Bye, nak rehat." Terus dimatikan. Kepala diletak semula ke bantal. Jam tangan yang terikat mencengkam luka baru dibuka. Pedih. 
Mata dipejam. Tangan meraba earphone disumbat ke telinga. 
Kanseitou - Galileo Galilei berlagu. Senyap. Air mata mencuri keluar dibalik kelopak mata yang tertutup.
Tanda whatsapp masuk buat matanya terbuka.
"Aku sayang kau tau. cuts cuts pun kalau tak leh tahan jangan suicide lagi. Jumpa aku dulu kay, kita bincang. Rehatlah.Jangan fikir sangat (walaupun kau takkan dengar pun) apa-apa pun, aku ada. Tuhan ada. xoxo, K *smiley* *heart*"
Lagi laju air mata jatuh, tangan memegang wrist yang dah berluka baru. 
Tahan. Tahan. 

Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....