untuk resent semua benda yang dah jadi pun,
tak akan bawa perubahan pun kalau diri tak mahu brubah.
setiap waktu nak paksa diri luah apa rasa hati yang tak pernah nak berkongsi dalam,
dengan yang namanya manusia,
setiap waktu jumpa therapist,
bukan tak menangis, dalam hati dah menyumpah diri sendiri,
bukan tak terasa nak pecah empangan air mata,
tapi itulah yang diajar diri sendiri untuk Jangan menangis depan manusia,
simpan, simpan waktu tengah malam, dalam bilik sendiri, kunci dan gelap,
menangislah nanti.
--
setiap hari tak boleh,
menangis macam jadi tabiat wajib buat,
jatuh hukum lebih wajib dari perkara wajib,
alau tak dibuat uneasy feeling approaching rasa lagi nak gila.
setiap hari, tak pernah tak teringat every details orang tegur,
dari yang waktu mesyuarat sebab tak buat belanjawan program setahun,
sampailah yang dalam mimpi kena marah dengan crush,
semua buat jadi satu badan menggigil, mintak tenang,
ambil nafas dalam-dalam dan cuba kawal emosi dan tahpape suicidal thoughts.
Tahu,
bukan taknak berubah,
nak berubah, nak ubah bagi kuranglah sikit at least penyakit mental entah apa ni,
tapi jadi makin takut bila kita tak tahu nak buat apa,
dah kalau setiap kali ada yang trigger, mati yang jadi alasan pertama untuk yang namanya give up.
setiap hari teringat orang marah, orang tak marah pun cuma tegur,
tahu jugak sebab memang salah kita,
tapi tak tahu nak ubah macam mana.
untuk cik therapist yang berusaha cuba faham pesakit dia,
gigih terlebih masa therapy, sampai lambat ke meeting,
ada perkara dalam hati yang perlu masa untuk luah,
sesak sebenarnya bila hari appointment makin dekat,
sampai tidur pun terganggu,
rasa kadang tak mahu sembuh, nak saja mati,
tapi tak boleh sebab masih seorang pengecut untuk tarik nyawa sendiri.
dan ye,
aku boleh mati hanya dengan hentaman manusia,
sebab aku tau aku taklah kuat mana,
setakat acah kuat bolehlah,
cubalah gertak, aku mungkin tiada lagi esok--
tipu je,
aku kuat je,
sebab tuhan kan ada, bukan?