Untuk yang terkapai-kapai cuba membuat sehabis baik untuk ramadhan,
Supaya ada cebis amal yang buat diri rasa tak kerugian untuk ramadhan kali ini juga,
Untuk yang setiap waktu cuba memperbetul bacaan tajwid dan al-quran,
Untuk yang berusaha merangkak membuka quran berhabuk,
Untuk yang bertatih menyebut setiap huruf ayat al-quran sedang sudah ke malam 24 tapi masih belum separuh al-quran,
Untuk yang gigih set alarm berjuta untuk qiam, tapi gigih juga terhangguk kepala ketika di rakaat kedua tahajjud.
Untuk yang gigih buntu kenapa tak merasa sedih atau insaf melaku amal,
Tenang lah jiwa,
Nilaian Allah dan manusia berbeza,
Teruslah mengejar walau dengan bertatih,
Walau dengan merangkak,
Kerana yang dilihat Usaha, biar, usaha gigih itulah yang di ambil buat saksi untuk kau jejak ke syurga jua nanti--
Sincerely,
Aku yang masih juga tak merasa gigih.
No comments:
Post a Comment