Pagi tadi .
Hutan Bandar Mutiara Rini .
Pondok dekat Tasik.
"Ana nak cerita pengalaman ana waktu Street Dakwah. Ada seorang Pak Cik ni , dia non muslim . Ana approach lah dia. Mula-mula ana tanya dia pasal Nama dia , umur dia , dah makan belum . Dia jawab semua macam biasa . Tiba-tiba bila ana tanya , 'Pak cik , Pak cik tau tau Hari ni hari apa?' Lepas tu dia buat-buat tak dengar . Suruh ulang lah . Ana rasa macam nak tumbuk pun ada ."
Teja dongak pandang lelaki di hadapannya yang sedang galak bercerita . Dia angkat kening double jerk . Kejadah mamat ni. Matanya beralih kepada lelaki yang berada jauh sedikit dari lelaki yang bercerita tadi apabila di mendengar si lelaki itu bersuara."Hoi!"
Matanya beralih kembali pada si pencerita. " Tapi Mad'u kan." Lelaki yang sedang bercerita itu tersegih menyedari kesilapannya.
. . . . . .
. . . . . .
Aku pandang mamat tu . Macam tak boleh terima . Bukan macam , memang tak bleh terima .
Macam sebelum ni , ada seorang lagi mamat ni , dia macam marah-marah mad'u dalam hati sebab Mad'u dia macam gedik-gedik . Mad'u dia waktu tu perempuan , pangkat kakak-kakak . Waktu tu pun Street dakwah juga.
Aku . Mengaku lah aku pun kadang-kadang ada sakit hati dengan mad'u , tapi cepat-cepat aku buang perasaan tu . Kata nak sentuh hati Mad'u , macam mana nak sentuh hati Mad'u kalau Hati si Penyentuh kotor , benci semacam . Mungkin Mad'u tak nampak tapi , Allah yang pegang hati Mad'u tu tau . Hindarkan lah rasa tak suka ke , nak tumbuk je mad'u ke . Hindarkan .
Daei kerja dia memang bukan mudah . Sabar , mesti tinggi tanpa batas . Sebab end up dia nanti kat Sorga . Kita yang s Daei yang faham lebih tolonglah , tolonglah bertolak ansur , Husnudzhon tinggi dan sentiasa pada si Mad'u . Kau dah dapat lebih berbanding Si Mad'u , kau lah kena tolak ansur . Nak mendidik hati manusia , tak senang dan kena Hati yang ikhlas dan bersih . Kalau mula-mula dah letak bencik pada mad'u , do you expect Allah akan sentuh Hati si mad'u tu untuk terima dakwah kau ?
No way man . No wayy!
Masalah ni selalu sangat jadi dekat para Daei .
"Bencinya dengan dia tu. Sabar je aku tegur dia."
"Aku , aishhh! elak aku tumbuk je muka dia tadi ."
"Elak aku , korek telinga dia bagi dia dengar apa yang aku cakap."
Dan kerana masalah Hati Daei ni lah , Hati Mad'u susah nak terima apa yang Seseorang daei tu nak sampaikan.
Take note . Check yourself . Istighfar banyak-banyak . Aku pun sama .
Salam Alaik .
Teja.
1107
210114
Malizia.


No comments:
Post a Comment