2.1.14

Traumatized .

Le owner

"Ahh! Terpijak tab pulak." Teja mengomel .  
"Woi! Angkat balik . awak ingat tab tu abah beli guna daun ke?" Abit menenking Teja tiba-tiba
"Eh , relaxlah , bukan kita sengaja pun." Teja menahan sebak . Tangannya yang sudah mula menggigil ditahan cuba tak bergerak . 
"Tak pernah bersyukur dengan apa yang abah beli!" Abangnya memandang benci padanya . 

Tab diambil . Dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk . Azan Isyak baru saja berkumandang . Dia membasuh muka beberapa kali . Air mata yang kian mengalir disapu sekali . Tangannya yang menggigil dipukul kuat . Usai mengambil wuduk dia naik ke blikinya untu menunaikan solat Isyak . Dia menangis . Badannya terhinggut - hinggut . Lama dia di posisi sujud akhir . Lantai yang tidak dialas sejadah basah dengan air mata . Lampu bilik di tutup . Dia membuka telekung dan disangkut pada penyidai di belakang pintu . Kaki melangkah ke katil dalam keadaan gelap . Buku sketch nya diambil . Buku itu terkandung banyak  kekuatan . Dia memeluk kuat . Suaranya menahan tangisan semakin kedengaran . Hatiya menjerit . "Maseif . Teja penat . Teja penat . Kenapa Teja jadi mcm ni . Maseif , Teja nak nangis dekat Maseif .Teja takut " Air matanya tidak henti-henti turun . Semua perkara yang terjadi dulu menerjah ke dalam otak fikiran . Air matanya semakin laju mengalir tidak dapat ditahan .  Badannya semakin menggigil  . Dia jadi sangat takut apabila kotak yang ditutup rapat terbuka kembali . Wajah dia yang membuatkan teja jadi sebegini takut menerjah fikirannya . Entah sejak bila , dia jadi takut bila kena marah . Dia akan menggigil dan menangis seperti orang gila . Telefon bimbit diambil . Nombor satu-satunya sahabatnya dicari .

 "Assalamualaikum." Suara lembut dihujung talian menegur .
"Waalaikumsalam . Qee , kita . Takut . ta.ta.takut. Kita dalam bilik sorang-sorang.Gelap. kita.ta. takut dengan diorang . . Kita tak nak keluar dari sini . . Qee , kita dah penat . . . Kita nak lari dari diorang . . kita nak mat i .ii . Kita takut. takut.takut..sangat." Tangisanya makin menjadi-jadi. Nafasnya sydah tidak teratur  . Suaranya sitahan seboleh mungkin supaya orang-orang diluar biliknya tidak menyedari keadaannya di dalam bilik ini. "Shuuuhh . Jangan cakap macam tu . Okey sekarang Teja ambik nafas . Istighfar , banyak kali . Ingat Allah . Istighfar." Perlahan Qee dihujung talian menenangkan sahabatnya itu . 
Teja mengatur nafas kembali . Bibirnya tidak henti-henti beristighfar . Dan akhirnya dia terlelap dengan bibir beristighfar dan pipi dipenuhi sisa air mata.
"Teja." Nama sahabatnya dipanggil perlahan beberapa kali . Tiada sahutan . Talian dimatikan . Qee Mengelap hujung mata . "Kuatkan dia ya Allah. Kuatkan Hati dan jiwanya." Dia juga memejamkan mata . 


_ Aku tak kuat mana.
_Aku cengeng aku tahu,
_Aku emosi.
_Dan itu semua sebab kau .
Terima kasih buat aku jadi macam ni . 

0217
020114
Bilik Gelap.
Rindukan dia.
Teja.


No comments:

Post a Comment

Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....