6.5.14

//


"Aku futur." Kaki menguis-nguis jalan tar.

"Kau tahu apa beza Tuhan dengan Manusia?"

"Banyaklah begol." Teja singgung pinggang Kawan dekat sebelah.

Dia buat muka . Sakit . "Ada satu yang kau kena wajib ingat dan tau."

Teja buat muka . Berfalsafah pulak kau ni napa. "Pa dia?"

"Allah tak pernah tengok hasil . Allah tengok usaha . Manusia je yang selalu pandang hasil. Nak bukti kau tengok sendiri , Result kau teruk, tapi kau dah recheck usaha kau? Kau dah usaha sehabis baik kan? Setiap malam kau stadi, sampai tersengguk-sengguk aku tengok dekat hujung musolla tu. Dengan Pencabut Black-pores tu ada lagi dekat hidung tak sempat dibuka. Tahajjud kau? Kita sama-sama kan. Allah buat sesuatu tu ada sebab Teja. Berbahagia lah sekalipun Hasil kau tak seberapa, sebab mungkin Usaha kau tu Allah redha , nak banding Usaha mereka yang dah berjaya tu. Percaya dengan Aturan Dia." Hannah pandang langit.
 
"Allah kan pencipta kita, mesti dia paling tau pasal kita, mana yang terbaik. Toksah pikiaq pasai semua orang dok kata apa, redha dia. Kau dah gapai mungkin, insyaAllah , mana kita tau. Have Faith in him." Hannah angkat jari macam tengah bersyarah.

Kedua-duanya ketawa .

Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....