"Jadinya , saya baru sahaja tahu yang kalian ini temannya Bang Haneef itu ya , jadi tika sembang tadi, saudara Ed bilang yang Bang Haneef menyuruh kalian bertemu saya. InsyaAllah , semoga pertemuan kita ini jadi satu pertemuan yang membawa satu mawaddah warahmah ya."
Ed senyum manis. dah tak terasa kekok dengan Ustaz sebab ustaz ni sempoi gelar diri dia Uda . macam abang-abang.
"dalam kehidupan kita, sebagai seorang muslim, yang benar-benar beriman, kita tahu sendiri , ada ayat quran yang mengatakan 'Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaku. dan sedarkah kita, yang ayat ini adalah ayat yang membincangkan tentang banyak perkara di dalamnya."
"Saya sering hafal itu ayat Uda dulu, tika di sekolah.tapi hafal gitu aja sih.Ada makna besar kah?"
"Iya benar anak muda. Andai kita lihat dengan benar , makna yang Allah cuba sampaikan pada kita, sangat besar. Uda tanya kalian ya, andai uda buang perkatan Tidak juga perkataan melainkan, apa akan terjadi pada makna ayat tersebut?"
Qee pandang Ed . Ed angkat kening . Jawablah . aku tak tau .
Kau ni . Ed buat muka . "nggak tahu Uda." Angkat bahu. Jujur.
Ustaz Senyum. "nggak apa-apa. Jadi Ustaz teruskan saja. Kalau kita lihat kembali. Maknanya jadi lain tu. 'Aku ciptakan jin dan manusia untuk beribadah kepada ku. Uda bagi contoh tentang cerita daging dan saudara Qee. Gitu ya sebutnya?" Ustaz senyum minta penjelasan.
Qee angguk, senyum nampak gigi.
"Suatu hari ibu Qee menyuruh Qee membeli daging. Arahannya seperti ini 'Qee, kamu pergi beli daging, daging sahaja.Tidak aku suruh kamu pergi ke kedai melainkan untuk membeli daging." dan Qee pun pergi kedai. dalam kedai itu ada pelbagai barang lain. Oleh kerana teringatkan pesan ibu Qee cuman beli daging sahaja.
Beda dengan arahan kedua "Qee ibu mahu kamu kedai beli daging." dan Qee pergi kedai , Qee bukan saja beli daging , tetapi Ais krim juga."
Qee dengan Ed dah dapat tangkap. Kagum. Bila Ustaz ni mampu kupas sampai macam tu sekali.
"Mengerti bedanya? Jadi kita ini sebagai manusia, Allah sudah bilang dalam Quran, Kita diciptakan untuk Ibadah sahaja , nggak ada yang lain. HANYA IBADAH." Ustaz tu senyum . Hanya Ibadah dihighlight .
"Reflex kembali diri kita, apakah kita benar-benar menjalankan apa yang Allah telah berfirman di dalam Quran itu? Adakah kita sanggup meninggalkan segala wahan kita iaitu cintakan dunia secara total untuk mengejar Perintah Allah ini? Mahu test sama ada kita benar-benar menjalankan Konsep Illa Liya'budun ini ialah , kkta lihat , tika kita punya satu exam yang besar , exam nya jam 8:30 pagi, dan kita masih belum ngafal apa-apa untuk exam. Apa kah kita akan menyambung bacaan dan terus masuk ke dewan peperiksaan tanpa Solat dhuha, atau kita mendahulukan Dhuha dan dengan baki masa yang ada kita menghafal sedikit dari buku. Yang mana bakalan kita lakukan ? Bagi ustaz sendiri , dahulunya tika dapat tentang Illa liya'budun ini, Ustaz dengan mudah menjawab 'Pastilah aku menghafal.' kerana apa? kerana kita masih ada wahan dalam diri. Kerana itu susah sekali kita menjadi orang-orang ribbiyun , iaitu orang-orang yang terdidik. yang terdidik dengan telus dan Hebat dalam jalan yang Rasulullah hadapi."
Kerana masih ada wahan dalam diri . Qee pandang gitar . Gitar dia pun wahan . Wahan, bila rasa nak memekak , sampai solat Asar lagi lima minti nak masuk Maghrib baru terkejar nak solat . Hembus nafas berat dilepaskan .
Eh dah syawal.
Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....
-
Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....
-
people are too damn selfish. As long as they can survive, they leave other people back, and move on. People are too damn selfish. Ignore...
-
Syahadah Al-Haq. Karya : Abu Al'A'la Al-Maududi. Status : Masih belum Khatam . Masih belum Hadam . HIGHLIGHT: "Allah Jadi...