Kaki dihayun sederhana
laju menghala ke bangunan besar di hadapannya. Tangan memegang cermat Mocha
Ice Blended Coffee Bean di tangan. Hembus angin sejuk, meniup hujung rambut
yang terkeluar sedikit dari snowcap. Dia berlari masuk ke ruang berbumbung. Booth-booth
yang menjual dan mempromosikan pelbagai buku dipandang dari jauh. Kaki
melangkah perlahan-lahan menyelusuri setiap manusia yang ada di situ. Mata tak
lepas memandang andai ada buku-buku menarik yang menangkap cita rasa dia.
Dia terhenti seketika dihadapan sebuah booth. Dia mendongak
kepala. ‘Tanpa Nama’ . Dia sengih. Tricky betul nama booth pun.
Disedut Mocha Ice Blended yang masih penuh perlahan. Buku-buku yang
tersusun elok dilihat satu persatu tanpa disentuh. Matanya terhenti pada sebuah
buku . Nak dikata buku, macam tak sesuai . Novel ? Lagi merepek.
“Ini ialah kumpulan kata-kata dari seorang penulis misteri yang
menghantar karyanya pada kami . Kami menjumpai pendrive berisi karya yang
sangat kami tak jangka di dalam peti surat di pejabat kami. Ini buku wajib beli
tau.” Lelaki dengan janggut sejemput , t-shirt merah jambu tersenyum pada
Damien. Jambunya muka. Damien sengih.
“Boleh lah saya beli satu.” Dia senyum dan ikut lelaki tadi untuk urusan
pembayaran.
Buku yang tidak serupa
buku yang baru dibeli tadi diselak perlahan. Muka surat pertama dibuka. Dia
senyum tiba-tiba.
Baca dengan hati . sebab aku tulis dari hati.
Dan aku harap kau tak akan teruskan baca kalau kau tak jamin kau akan baca
dengan hati.
Lafaz basmallah dibaca di dalam hati. Muka
surat seterusnya dibuka. Mata laju meniti setiap bait kata yang tertulis.
Bukunya nipis. Cuma lima mukasurat. Dan laju sahaja, dia sudah menghabiskan
pembacaannya. Buku dengan cover kertas berwarna coklat dengan tajuk
‘KLISE’ ditatap lama. Untuk pertama kalinya, dia merasa sesuatu . Merasa
sesuatu selepas habis membaca sebuah buku nipis .
Lama dia menatap cover buku tersebut.
She’s like Cold Coffee in the morning…
Ringtone telefon bimbitnya mengejutkan dia dari mengelamun jauh. “Damien, jom jamming.
Studio abang Han.”
“Pukul berapa?”
“Sekarang dher.” Ed disebelah talian
sana sengih. “Semua dah dekat sini. Cepat lah , semua tengah tunggu kau.”
“Hurm . . . okey , okey , aku datang.” Talian
dimatikan. Gitar dibawa sekali bersama kunci kereta.
. . . . . . . . .
“Lagu apa?” Ed dah sedia dengan drumstick ditangan.
“Siapa paling lambat dia pilih lagu , please?”
Hannah sengih . Semua pandang Damien. Damien senyap.
Muka masing-masing dah bingung. Ed pandang
Hannah, Hannah angkat bahu. Qee angkat kening.
“Damien!” Serentak semua jerit pandang Damien.
Damien terkejut. Terjaga dari lamunan .
“Kau kenapa, sihat tak?”
“Sihat lah , kenapa? Ada Nampak macam tak sihat
ke?”
“Tak ada lah. Senyap saja. Mengelamun macam
fikir masalah Negara. Now , Pick a song.”
“Kenapa aku?”
“Sebab kau lambat.”
Duhh! “Mo Sabri - You Found Me Ya Rabbee.” Dia jawab selamba.
“Kau biar benar? Kena rasuk ke apa. Selalu kan
kita jamming lagu Ed Sheeran , Imagine Dragon , Parachute , Linkin
Park ke, ni tiba-tba , Mo Sabri , You Found Me Ya Rabbee lagi. Betul
ni?” Hannah dah pelik. Dia angkat kening sebelah.
“Dah minta orang pilih. Jadi aku pilih Nasyid
hari ni. Apa macam , ada berani ?”
“On !” Yang lain jerit serentak. Bukan
tak tahu. Tahu saja semua. Sebab masing-masing semua bukan jahil mana. Lagu Mo
Sabri pun dah memang selalu buat menyanyi jamming tapi tak pernah
mencuba dekat Studio. Selalu jamming Nasyid bila dekat rumah , lepak
dekat tepi jalan.
“1 , 2 , 3 . . .”
I was lost , You found me,
I found love, I found peace,
I found truth and mercy,
I found You Ya Rabbee,
I found You Ya Rabbee,
I found You You Found Me.
I found You , You Found Me.
. . . . . . . . .
Ed pandang lama Damien
yang sedang sembahyang. Salam terakhir membuatkan dia tersentak sedar dari lamunan.
Usai doa, Damien melipat sejadah dan disangkut dengan kain pelikat yang
lain. Dia buat tak endah jelingan Ed. Macam tak pernah tengok orang sembahyang.
“Damien.” Nama sahabatnya itu disebut teragak-agak.
“Kenapa?”
“Meh duduk dengan aku sekejap. Dah lama tak bercerita, curhat dengan kau.” Ed sengih. Rindu
dia pada sahabat dia yang satu ini dah menebal macam ais dikutub utara.
Damien mengambil tempat di sebelah Ed. “Sorry.”
“Kenapa kau minta maaf tiba-tiba ni Damien.”
“Aku dah lama tak lepak dengan kau orang. Aku dah lama tak sembang lama-lama dengan kau
Ed.”
“Terasa tu ada lah juga. Tapi, kita orang faham, mungkin kau pun tengah
hadapi apa yang arwah Ked hadapi. Aku tak tau lah apa yang Ked dengan kau
hadapi, mungkin sebab aku tak sempat nak tanya dia, kenapa tiba-tba dia selalu MIA,
sebab dia dah pergi dulu sebelum aku sempat tanya. Dan aku tak nak, ulang lagi
benda tu. Kau tengah hadapi apa yang arwah Ked hadapi ke Damien?”
“Aku jumpa, tulisan Ked. Dah seminggu Ed. Maaf lah, aku simpan tak
beritahu kau. Kau baca lah sendiri. Kau akan faham , dan mungkin kau pun akan
jadi macam aku , macam arwah Ked dulu.” Buku yang dah seminggu dibeli
diserahkan kepada Ed.
“Baca dengan hati Ed. Kalau kau rasa kau tak ready nak baca
dengan hati, jangan baca dulu.”
Damien bangun. Dia senyum manis pada Ed. “Aku minta maaf, aku tak jadi
kawan yang baik untuk kau.”
Ed terdiam. Kaku. Matanya mengikut tubuh Damien melangkah perlahan
keluar dari biliknya.
Apabila hilang tubuh Damien dari pandangan, Nafas berat dilepaskan.
Nafas baru ditarik sedalam-dalamnya dan dihembus perlahan. Lafaz basmallah
dibaca di dalam hati. Muka surat pertama diselak. Dan diselak lagi. Satu
persatu.
12022011
Sampai bila kau nak terus berada dalam Geng
Jamming kau yang entah-apa-apa.
Andai lah, Tuhan Tarik Nyawa kau tika itu, apa
kau mampu jamin tempat kau di Syurga?
14032011
Kullu Nafs Zaaikatul Maut. Dan setiap yang
hidup itu pasti merasai mati.
Syarat mati adalah Hidup. Dan sekarang, kau
Hidup , jadi kau sedang tunggu mati kan?
Mohon, perkasakan amal untuk kat sana.
Sebab Dunia itu picisan.
Sama macam Gitar kau. Kalau tak membantu kau
untuk dapat belakan dan Redha dia, Lebih baik buang saja.
15032011
Bila nak berubah bukan seorang-seorang. Sebab
nanti kawan satu geng kau akan tuntut dekat kau apa yang kau dah buat untuk
tegur dia bila dia buat salah.
Lesap. Semua amalan kau. Dek ditarik ke dalam
neraka kerana tak ajak kawan amal maaruf nahi mungkar juga. Mahu kau?
17032011
Mohon berubah. Kerana Ummah perlukan pemuda
yang kental jiwa, Amalnya hebat tak perlu manusia tahu , hanya Dia sahaja sudah
cukup.
Kerana Ummah perlukan Pemuda-pemuda ,
Syabab-syabab yang faham. Ubah!
20032011
Aku mungkin sudah tiada di dunia. Dan ini , aku
titipkan. Agar jadi bekalan untuk aku disana.
Selamat.
Ed lap air mata yang dah jatuh tak berhenti sejak dia baca dari
mukasurat pertama.
Buku dengan tajuk ‘KLISE’ itu dipeluk lama. Ked, kau dah dapat banyak
sangat bekalan dekat sana kan? Terima kasih untuk ini Ya Allah. Buku nipis itu
dipeluk lama.
Dia berlari keluar dari bilik.Pintu bilik Damien diketuk
perlahan.”Damien…”
Pintu bilik dibuka dari dalam. Sahabatnya itu senyum. “Kau dah baca ke?”
Dia angguk. “Damien, tolong aku. Aku nak jadi baik betul-betul. Tolong
aku.” Dipeluk Damien erat. Air mata turun laju tak mampu ditahan.
“Ed, aku pun masih tak kuat. Kita sama-sama. Kita sama-sama ubah geng
kita yang lain. Kita sama-sama bina ummah yang faham. Kita sama-sama, tengok
islam naik balik. Kita sama-sama melangkah ke Syurganya Dia. Kau kena tolong
aku juga.” Air mata Damien juga jatuh. Betapa baru hari ini, dia merasa kembali
Ukhuwwah Fillah yang dahulunya dia rasai ketika di tingkatan lima. Baru
hari ini benar-benar dia rasa dia sedang bersahabat kerana Dia kembali.
“Aku rindu zaman kita dengar ceramah , tazkirah, pasal
benda-benda yang dulu kita kata bosan.” Ed sengih. Hidung Damien yang dah
kemerah-merahan dicuit.
“Aku pun rindu. Rindu bila kita rasa dakwah dan tarbiyyah
tu, Ed. Dah lama kita tinggalkan, sebab katanya bosan. Benarlah. Kita memang
fitrah dia, perlukan benda ni semua .” Dia senyum. Hujung mata dilap perlahan.
“Sama-sama berubah, sama-sama mengubah. InsyaAllah ye, Akhi
Damien.”
“Jom, subuh dekat masjid.”
“Jom, Fastabiqul Khairat!” Masing-masing berebut berlari ke arah
tandas untuk menyiapkan diri ke masjid.
Sungguhlah, dia tak pernah tutup pintu untuk manusia-manusia berubah dan
kembali pada Dia.