28.7.20

bah dalam jiwanya

rasa yang menggigit jiwanya, 
seakan tak mahu berhenti.
terus menyeringai di dalam tubuhnya, 
dia terkapai cuba menggapai nafas yang tak terlihat,
menghirup melalui rongga yang sempit. 

Tangannya mengetuk dada seakan memberi signal supaya yang di dalam berhenti.
satu, dua, tiga. setiap ketukan semakin kuat dia tujahkan. 
masih juga sempit sampaikan sedikit saja udara yang melepasi rongga.

air matanya tak berhenti semakin laju malahnya.
membanjiri seraup wajahnya,
memberi petanda peritnya yang menggigit di dalam.
berhentilah. aku penat, aku lelah.
Hatinya mengucap tercungap.
Masih tiada petanda berhenti, gigitannya masih sama.
Dia tak bermaya lagi mahu menujah dadanya. 
tangannya digenggam kuat, 
menahan pekik yang mahu keluar,
menahan perit yang tak terlihat.

Lama, dia begitu.
dan tuhan dengan magisnya, menghantar tenang selepas dia bertarung lama.
matanya terpejam, dan dengkuran kecil mendentum seruang kamar.
Jari jemarinya masih menggenggam, seperti itu saja penguatnya,
dari hanyut hilang terus dari dunia. 
dan dia disitu, lena ditemani lelah yang biasa jug air mata.
Berharap esok dia bisa bangun juga, dan bahagia--


No comments:

Post a Comment

Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....