Azraf meletakkan kepalanya pada bantal nipis dihujung katil. Lengan dibiar pada dahinya, dengan mata terpejam. Deru nafasnya memenuhi ruang bilik. Dia baru saja lepas solat isya'. Perutnya dah diisi sebelum maghrib tadi. Niatnya mahu tidur awal.
Tiba-tiba, notification telefon bimbitnya berbunyi. Dia membuka matanya dan menggapai telefon bimbitnya yang dibiarkan di perut. Whatsapp daripada group kelas bertalu-talu masuk. Dia biarkan. Ikon instagram dibuka. Tak ada yang menarik perhatiannya. Ig Story Atia tak ada yang barunya hari ni. Dia kemudian keluar menekan ikon twitter pula. Jarinya laju pergi ke ruang search. Dia menekan huruf 'A', serta merta keluar nama Atia pada 'recent search' nya. Ditekan pada nama gadis itu serta-merta.
'Dah lama tak nampak budak ni update'. Hatinya berbicara.
'Eh' "Tweet baru." Dia bersuara tanpa sedar. Perlahan jarinya menscroll dari kali terakhir dia membaca tweet milik Atia. Setelah jumpa dia perlahan-lahan membaca satu persatu sampai yang terbaru, pada jam 8.50 malam hari ni. Jam di telefon bimbit diintai. Pukul 9.30 malam. Cepat dia menekan ikon direct message. Conversation terakhirnya dengan Atia pada dua hari lepas. dan Atia tak tweet apa-apa sampai maghrib hari ini.
Dia mula menghantar pesanan.
'Atia. are you there?' Sent. Belum dibaca.
Lama dia menunggu respon. tiga minit kemudian bertanda 'read' pesanan pertamanya.
'Yosh!' Pendek Atia membalas.
'Nak call can?' Dihantar. laju juga bertanda 'Read'. Tengah tunggu jugak lah tu. Bisik hatinya.
'Takleh. Aku tengah tak ada suara' Atia balas diakhirkan dengan emoji air mata dan gelak.
'Ke sebab kau tengah nangis?' Dia macam dah boleh agak. Tweet macam tu. Selalu ingat aku tak baca lah tu.
'HAHAHAHAHHAHAHHAHAHAHA' itu saja responya. Panjang, dengan hruf besar semua.
Sah. Sah tengah tak okay budak ni. Azraf tau Atia paling tak suka cerita waktu dia tengah tak settle sebab dia akn end up meraung instead of cerita apa pun. Dan dia usually akan cerita bila dia betul-betul dah ready dan takkan nangis dan benda tu akan ambil masa kalau tak dia akan korek. Sebab Atia akn simpan lama tak bercerita pada siapa.
'Macam aku baru kenal kau kan.' Dia nak gila call. tapi kesian budak ni nanti dia menangis lagi teruk. walaupun pernah je dia nampak Atia nangis waktu dia breakdown. walaupun tak ada memujuk pun, dia nampak terseksa betul cuba menstabilkan diri sendiri dan lepas tu pergi tandas, keluar dah macam tak ada apa. Macam tak nangis langsung. Kawan dia yang satu ni.
'Aku takut. Sorry' Atia balas.
Laju dia menaip semula. 'Nak cerita dengan aku tak? Aku boleh dengar.'
Lama 'read'.
'Kau tau kan aku akan selalu ada untuk dengar. tak eyour time. tapi make sure sebelum tidur bagi aku call dulu okay. Kau dah janji nak cakap dengan aku kan kalau bila kau takut. Nanti melarat.'
Panjang dia balas. Kalau tak balas budak ni memang aku call kejap lagi.
Lama.
Azraf pejam mata menunggu jawapan Atia.
Tiba-tiba bunyi notification masuk.
Terus matanya dibuka. dia menghembus nafas lega.
'Sorry zee. Kalau kau tertidur takpe tau. Nanti aku call kau kalau aku dah okay sikit.' Balasan Atia yang ni buat dia bangun dari baringnya dan duduk. 'Call je okay. Kalau aku tak tidur lagi aku angkat. Incase aku tertidur message okay terus semua. Jangan delete! Aku baca esok okay. Tapi call je. Aku pun tak ngantuk lagi ni.' Pesannya diakhirnya dengan senyum, sambil dia sendiri mengukir senyum dihujung talian.
Dia baring semula. Macam nak cepat-cepat dia naik semester dan jumpa kawan perempuan dia yang satu ni. Nak tengok dia depan mata. Orang yang sentiasa je buat dia senyum.
Sambil dia menunggu telefon daripada Atia dia mengambil tuala dan ke tandas. Mandilah. busuknya balik keluar tadi terus pi ikut ayahnya ke masjid.
. . . . . .
Tepat jam 10:40 telefonnya berbunyi menunjukkan panggilan masuk. Nama Atia terpapar pada skrin. Cepat dia mengangkat panggilan yang dia tunggu dari tadi.
"Dah tidur ker?" Suara serak lepas menangis Atia memecah sunyi di hujung talian. Dia senyum kurang manis.
"Belum. Aku buat kerja sikit tadi. sementara tunggu. Thank you for calling." Dia membalas lembut. Ikhlas.
Diam. satu. dua. tiga. bunyi nafas perlahan memenuhi kedua-dua talian.
"Dah okay?" Azraf mula semula bertanya.
"Better." Pendek suara dihujung taling membalas. Ada getaran pada hujung nadanya.
"Ada benda jadi ke?" Kalau Atia macam ni, ada dua je. Sama ada ada something jadi, or benda tu datang tiba-tiba dan yang bila yang kedua ni dia rasa nak peluk je orang sana sebab benda tiba-tiba waktu dia tengah gembira pun macam benda tu tak mau bagi dia peluang.
"I was laughing and talking with few of my friend. Lepas tu I realised I was like rushing when I tell them storyy. I merepek words I sebut macam tak complete bila I cerita. I feel nervous instead of excited. Lepas tu, I macam penat sangat. Pastu I rasa macam nak lari dari diaorang and I was scared. Sedangkan I tengah gelak gelak. Dan I pi toilet I tiba-tiba nak vomit and I cry, bit sebab I still kat keluar. Balik rumah I nangis bagi habis. Tak tahan dah"
This is Atia. When she starts to speak in english, dia nak kurangkan cringe sebab dia selalu rasa apa yang dia rasa merepek and pathetic.
"Kau rasa nak muntah? Kenapa? sebab nervous ke? takut tu?" If yes. then this is the first time she shows this.
"Haah. Macam aku tiba-tiba rasa nak throwup and I was scared"
"Thats the first." Lama dia diam selepas mengungkapkan itu. She is not getting better ke?
"I think so. But I am better now. dari tadi" ayat terakhir diperlahankan sedikit tapi sampai juga ke telinganya.
"Kau takut apa? ingat tak?" Dia cuba tenang. Walaupun dia pun macam nak menjerit sebab dia jadi sakit juga dengar kawan dia struggle benda ni.
"Aku macam sedar aku nervous dan aku sedar aku paksa tu sit around them. Aku paksa diri aku untu be with them sebab aku ingat aku akan okay untuk jumpa diorang. Tapi bila dah start sembang aku rasa takut lagi dengan diorang sebenarnya. Lepas tu aku terfikir cane aku takut semua ni aku nak hadaporang luar lagi, kalau dah habis universiti kena kerja, hadap manusia lain. Lepas tu macam aku takut sangat ni macam aku ..." Suara dihujung talian berhenti sekejap. Ada bunyi nafas ditarik dalam dan dilepas berat. Atia nangis perlahan.
"Its okay. Aku dengar. Slow-slow. take your time." Aih, dia pun nak nangis jugak.
"penat." pendek. tapi berat maknanya. Esak kecil kedengaran dihujung talian.
"Its okay" perlahan dia membalas juga.
"penat dia sampai, aku takut sangat, aku macam tak nampak langsung reason untuk aku terus hidup." Dibalas sedikit, sedikit tapi sampai ke noktah.
"Kau kena acknowlegde okay. This exist within you. Kau penat, dan kau taknampak reason untuk hidup. But I am here. Cerita selalu penat kau dekat aku. Penat takut kau. Its okay, aku akan sentiasa dengar." Dia selalu buntu nak balas apa. Sebab dia pun tak tau jawapan apa yang betul. Tapi dia tau, Atia selalu tak mintak apa-apa. Dan dia tau Atia dah sangat bersyukur dia nak dengar. Dan dia pun tak tau kenapa dia masih nak mendengar dan tak jemu jugak. walau benda sama kadang, Atia cerita.
"I know. But I dont see and end to this kecuali..." Dia hembus nafas berat.
"You might not see it yet. and you might be wrong about this. You might have a bright future in front of you. dan aku sayang kau." Ikhlas. lagi.
Suara dihujung sana gelak perlahan. Itu aja reaksi Atia bila dia cakap dia sayang.
"You are much stronger than your fear, Atia. Aku tau yang tu. untuk semua benda yang aku tak pasti tentang takut kau, aku jamin yang satu ini. Kalau kau tak kuat, you will not be here till today." lembut dia membalas. Ikhlas.
Jeda.
"you still there?"
"Zee."
"Yes?"
"aku sayang kau juga. Thank you sudi dengar dan jadi kawan aku." Suaranya bergeta perlahan.
"no mention" Dia bajet cool tapi dia cam nervous sebenarnya bila bersembang tak tengok muka yang di belah sana.
"Aku macam penat. Tapi aku macam takleh tidur."
"Aku nyanyi lah eh?" Dia gelak lepas membalas.
"Boleh je." Jawapan Atia buat tawanya berhenti. She is sad but she is just too tired to cry already. I read her tweet of course I can read her sometimes.
"haha. aku nyanyi dengan lagu sekali as background aku cam nyanyi perlahan je sebab suara aku macam katak panggil ular."
Atia gelak juga dihujung talian walau dengar penatnya tu. Dia lega sedikit.
"Kau tidur je kay. Aku berhenti bila kau dah bedengkur" Dia dah mula scroll lagu mellow dalam playlist di ipadnya.
"hahaha. thank you Zee." Atia senyum. Suaranya dah mula perlahan lagi.
Dan malam itu, dia perlahan tidur dengan suara katak Azraf menemani.
"Night, Tia. Fi hifzillah" Dia perlahan berbisik sebelum dimatikan telefon seusai mendengar dengkuran kecil dihujung talian. Dia pun pejam mata sama. Selamat malam. semoga dipeluk tuhan, Atia. Bisik hatinya.
No comments:
Post a Comment