27.5.14

Q//E 5

Tingkap dibuka perlahan, memberi ruang udara pagi menyerbu masuk ke seluruh ruang bilik empat segi itu. Gitar yang berada di hujung meja belajar dibawa sekali sebelum duduk bersila di atas katil.
"Abang." Dia menoleh ke belakang mencari suara yang menyebut namanya. Kelibat dengan baju jubah hitam memandang sayup padanya . Dia senyum manis .
"Lol, kenapa pakai serba hitam ni?"
"Favourite colour suka hati lah. Nak cakap something dengan abang sebenarnya. Dee dah cakap dengan ibu dengan ayah. Sekarang turn abang pulak." Dia duduk sebelah Qee .
Air liur ditelan. Macam serius je bunyi. Eh! Dee mana pernah serius . Dia jeling Dee disebelah .
"Cakaplah, Abang dengar."
Nafas ditarik perlahan. "Dee nak pergi Ghazzah , this end of month!" Dia menyebut satu ayat penuh dengan satu nafas. Mata yang dipejam rapat, mencuri-curi pandang Abangnya di sebelah .
Dentingan gitar terhenti seketika . Dia tergamam dengan apa yang didengar.
"Bila gerak?" Qee masih buat muka selamba sambil tangan menyambung  lagi memetik tali gitar .
"28th of July ni." Dia menghembus nafas lega. Ingatkan abang tak boleh terima. sebab dah seminggu juga dia nak convince abi dengan umi pasal ni. Tadi pagi baru abi umi bagi jawapan ya.
"Kenapa awak nak pergi sana?" Tali gitar ditahan , mematikan bunyi. Bilik jadi sunyi serta merta. Gitar diletak dihujung katil. Qee pusing menghadap adiknya . What are you trying to do Dee ?! This is crazy !
Hatinya menjerit . Tapi muka masih dikekalkan biasa dihadapan adiknya .
"Because I concern . Dee cuba nak belajar something baru . I really love this kind of things you know that."
"Tapi kan, kenapa kena ghazzah. Kenapa tak cukup ke awak join The Weekenders tu?"
"Lain abang." Dia tunduk . Abang macam tak boleh terima je.
"If its your decision , abang bukan  boleh ubah kan?" Kepala adiknya digosok sampai serabai jadinya rambut dia.
"I'll support you, Always. That's abang's responsibility rite?"
Dee sengih. "Thank you" Air mata dilap dengan hujung lengan baju. Terharu.
"Duh! why crying Lah? Takkan sebab abang sweet sangat sampai awak nangis ." Dia ketawa pahit.
"Tak manis langsung, masam adalah." Dee menyiku pinggang Qee.
"Sakitlah!" Kedua-dua mereka ketawa memecahkan sunyi rumah Teres dua tingkat keluarga empat beranak itu.

. . . . . . . . . . . . . . . . . .  . . . . . 

Nombor asing tak dikenali membuatkan dahinya berkerut. Lama dia cuba menebak siapa yang menelefon . 
"Qee , telefon kau bunyi tu." Ed menyondol bahu Qee di sebelah .
Cepat tangan mengangkat panggilan dari entah siapa .
"Assalamualaikum. Qee." Salam dari orang sana disambut juga . Lelaki . 
"Saya cuba telefon ibu dengan ayah Qee , tak ada balasan . Qee , Dee dah tak ada , dia terkena peluru tentera israel waktu dia tengah tengok bangunan yang dimusnahkan Zionis israel. Kami akan hantar mayat Dee secepat . . . . " Telefon bimbit jatuh dari tangan . Air matanya mengalir laju . 
"Kenapa ni Qee?" Ed mengambil telefon yang jatuh . 
"Ed, Dee . . . Dee . . . Ed , dia dah tak ada . Ed !" Satu Cafe bistro sunyi memandang sepi ke arah mereka berdua . 

"Ed ! Adik aku dah tak ada! Kau faham tak , dia dah tak adaa Ed!!!" DIa menjerit .
"Aku dah berat hati nak izinkan dia pergi Ed. Ed , Dee dah tak ada. Ed, tolong aku . Aku nak dia balik. Ed . . . ." 

"Qee ! Qee . Bangunlah."
"Masalahnya Dee dah tak ada . Ed , aku nak dia balik!" 
"Qee, Istighfar !"
"Dee , Ed , aku nak Dee . Dia je aku ada dekat dunia ni. Aku nak dia Ed." Suara dah kendur .
"Qee, kau mengigau ni. Bangun Qee." Peluh lebat yang mengalir , dilap perlahan. Dia pun rasa nak menangis tengok Qee sampai macam ni . 
"Ed. Aku rindu Dee." Suara dah semakin perlahan . 
"Aku tau Qee. Aku pun rindu dia."  Dia lap air mata yang mengalir di pipi Qee.
Perlahan-lahan mata dilelapkan kembali cuma posisi dah berubah , dia bersandar pada dinding dengan kepala Qee dipangku di peha.

Aku pun rindu Dee . Sangat . Nafas berat dilepaskan . 


"Qee , kau sedar tak apa jadi semalam?" Ed Hirup Pop Es menuruni rengkung yang dah terasa hangat betul .
Tali-tali gitar ditahan . Kepala mendongak memandang Ed."Aku ada buat benda pelik ke semalam?"
"Kau mengigau ." Dia menebar pandnagan pada jalan raya kecil yang sibuk dengan motor , kereta , yang lalu lalang .
"Aku mengigau pasal Dee ke?" Semalam aku mimpi dia lagi . Mimpi waktu dia minta izin nak pergi Palestine waktu mula-mula dulu. Beratnya rasa hati nak bagi dia pergi waktu tu.
"Sampai menangis. Kau kata kau rindu dia." Ed senyum , kurang gula .
"Aku rindu dia . Entah lah. Aku tak tahu macam mana nak move on. Kau tau kan aku sayang dia macam mana. "
"Kau senyap je kan . Kalau dah nama lelaki , menangis pun dalam bilik je. Rindu pun jarang cakap. Bila dia dah tak ada, baru nak terkejar-kejar tak menyempat cakap sayang rindu."
Qee pandang Ed. Dengar .
"Sebab tu , sekarang , aku dah makin rajin cakap sayang rindu , kalau memang betul aku sayang dan rindu . Aku takut benda sama jadi . Aku takut aku menyesal lagi bila orang tu dah tak ada . Aku sayang kau Qee."
Dia senyum . Bahu Qee diraih . "Nah , Pop Es aku belanja."
Qee ketawa . Aku pun sayang kau Ed . Tapi kalau sayang , bakpe bagi separuh je Pop Es ni , Bang , Pop Es Cappuchino  tambah satu lagi." Dia jerit . "Kau belanja . Kan Sayang." Dia ketawa lagi . 
"Nasib baik lah aku kaya." Kedua-duanya ketawa . 
"Duit indonesia bolehlah kata kaya. " Seribu rupiah ditayang-tayang.

Buku biru bersaiz A5 dibuka. 
This book belong to Dee a.ka Nur Diyanah binti Nasruddin.

Setiap kali aku buka laman sosial
cerita Palestine, mana pernah miss dari timeline.
Kanak-kanak menangis.
Ibu dengan tangan seperti bertanya "Di mana?"
Ayah dengan kesan tembakan peluru di dada.

Aku mahu ke sana .
Melihat sendiri.
Dengan mata Sendiri .
Tuhan , aku mahu ke Tanah Suci itu .
Biar aku belajar sesuatu .
Biar aku tinggalkan sesuatu untuk 
ummah .
Biar kan aku , tidak berada di tempat selesa sentiasa.

Dee
02072012
2204hrs





Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....