27.10.18

desak, sesak

senyuman yang diberi dia itu terus ditampal manis,
lebar selebarnya tampalannya,
tawa juga dihulur dia, 
luar biasa rentaknya, dihambur bersama senyum manis,
dan petang itu dia pulang, surut senyumnya sedikit,
kurang tawanya,
tetapi masih ada,
dan malam pula menjengah,
hujung bibirnya berkurang lekuk, 
hamburan tawa sunyi,
kepala di lempar pada sekujur bantal nipis,
berpusing menghadap ke dinding sejuk,
sunyi suasananya,
hujung bibir tidak kelihatan lekukunya lagi,
satu titis,
dua dan tiga,
terus tiada henti ia mengalir,
nafas tidak sekata lagi,
dia seakan mati,
dalam sesaknya menahan tangis dan siksa 
menahan diri untuk tidak diambil menghunus lengan,
menahan sebak yang tiada penghujung, 
sedang di kepala terus mati mati mati menjadi zikir harian, setiap saat,
terus hidup terus hidup terus hidup, counter attack,
sampai ke akhirnya dia terlelap,
dan akhirnya setiap hujung minggu,
dalam kelamnya waktu,
dan dinginnya malam,
perasaan itu kembali mengetuk pintu hatinya,
setiap saat dan waktu,
mendesak dia untuk terus menghunus terus pada ujung nyawanya--

No comments:

Post a Comment

Eh dah syawal.

Malam 30 sepatutnya. Itulah apa yang aku harapkan, walaupun bukan boleh puasa pun. Tapi, masih mahu punya waktu berdoa dalam waktu² ramadan....